CLOSE
CLOSE AD

Manushi Chhillar Anggap Filem Debut "Prithviraj" Sebagai Proses Pembelajaran

  • 28 Jan 2020
Manushi-Chhillar-Anggap-Filem-Debut-Prithviraj-Sebagai-Proses-Pembelajaran

Ratu cantik Miss World 2017 Manushi Chhillar mengakui penglibatannya dalam filem sulung "Prithviraj" mendedahkannya kepada pelbagai perkara baru yang dianggap sebagai proses pembelajaran.

"Saya sedang menikmati proses pembelajaran ini kerana perjalanan saya masih jauh dan banyak lagi yang saya perlu hadamkan. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menjadi aktres dan ia sangat memuaskan.

"Ianya penting bagi saya untuk bekerja keras dalam filem ini kerana Yash Raj Films meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya dan memilih saya untuk terlibat dengan filem terbesar mereka tahun ini.

"Saya ingin buktikan kepada diri sendiri yang saya mampu menjayakan peluang ini dengan baik," ujarnya yang dipetik dari Hindustan Times.

Menurut laporan, filem sejarah itu berkisarkan tentang kehidupan Raja Prithviraj Chauhan, yang mana wataknya akan digalas oleh bintang terkenal Akshay Kumar.

Dalam pada itu, Manushi turut berkongsikan sedikit 'teaser' penampilan wataknya dalam filem tersebut, iaitu sebagai isteri kepada Raja Prithviraj, Sanyogita.

Diarahkan oleh Dr. Chandraprakash Dwivedi, sesi penggambaran "Prithviraj" telah pun bermula baru-baru ini dan dijangka untuk ditayangkan pada Diwali 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Manushi Chhillar Instagram)
(Sumber artikel: Hindustan Times)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.