CLOSE
CLOSE AD

Deepika Padukone Bakal Terajui 'Remake' "The Intern" Versi Hindi

  • 28 Jan 2020
Deepika-Padukone-Bakal-Terajui-Remake-The-Intern-Versi-Hindi

Aktres jelita Deepika Padukone mengumumkan berita baik buat para peminatnya apabila dipilih untuk menerajui sebuah 'remake' versi Hindi kepada filem Hollywood "The Intern".

Menerusi 'remake' itu, Deepika akan menggalas watak yang dibawa aktres Hollywood Anne Hathaway dalam filem asal, serta digandingkan bersama Rishi Kapoor sebagai watak yang digalas bintang veteran Robert De Niro.

""The Intern" merupakan sebuah filem yang memfokuskan hubungan mesra sesama manusia, berlatarbelakangkan tempat kerja. Ia adalah kisah yang saya percaya sangat relevan dengan persekitaran sosial dan budaya masa kini.

"Sudah lama saya menantikan naskhah ringan, berupa drama komedi dan filem ini menepati cita rasa saya. Saya tidak sabar untuk memulakan pengembaraan ini," katanya yang dipetik dari Hindustan Times.

Deepika telah berkongsikan perkara itu menerusi laman sosial dengan kapsyen "Teruja untuk mempersembahkan filem terbaru saya! Sebuah adaptasi #TheIntern versi India. Akan dirilis pada 2021! Diterbitkan oleh KA Productions, Warner Bros. India dan Azure Entertainment. Jumpa anda di pawagam!"

Walau bagaimanapun, pengarah dan para pelakon lain masih belum ditentukan buat masa ini. "The Intern" berkisarkan tentang seorang duda berusia 70 tahun yang diterima kerja sebagai pelatih senior di sebuah syarikat fesyen yang sedang membangun.

Dalam perkembangan lain, Deepika yang baru-baru ini tampil dalam filem "Chhapaak", akan disatukan dengan suaminya yang juga aktor Ranveer Singh menerusi filem sukan "'83" arahan Kabir Khan.

(Sumber foto: Deepika Padukone Instagram)
(Sumber artikel: Hindustan Times)



Suggested Articles

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.