CLOSE
CLOSE AD

Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Kobe Bryant

  • 28 Jan 2020
Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Kobe-Bryant

Berita tentang lagenda bola keranjang Amerika Syarikat Kobe Bryant dan anak perempuannya Gianna yang terkorban dalam nahas helikopter di California pada Ahad lalu telah mengejutkan dunia.

Sehubungan dengan itu, selebriti-selebriti Bollywood yang turut terkesan dengan pemergian tragis lagenda NBA itu telah memberi penghormatan terakhir mereka menerusi laman sosial.

"Dunia telah kehilangan seorang atlet lagenda, 'The Black Mamba' bola keranjang, Kobe Bryant dan anaknya, Gianna. Kamu telah memberi inspirasi kepada ramai kanak-kanak termasuk anak saudara saya untuk bermain bola keranjang. Semoga tenang di sana," tulis Akshay Kumar.

"Saya tidak mengikuti perkembangan sukan ini dan tidak tahu terlalu banyak perkara tentang dia tetapi pemergian mengejutkan seorang bapa dan anak ini membuatkan hati saya hancur. Semoga keluarga, rakan-rakan dan para peminatnya diberi kekuatan... #KobeBryant," luah Karan Johar.

Selain itu, bintang terkenal Priyanka Chopra Jonas yang hadir ke Anugerah Grammy 2020 bersama suami dan penyanyi Nick Jonas juga tidak ketinggalan untuk memberi penghargaan kepada Kobe.

"Dia memberi inspirasi kepada seluruh generasi. Legasinya lebih besar dari sekadar bola keranjang. Kemalangan tragis ini turut meragut nyawa anaknya, Gianna. Saya terkejut dan berduka cita.

"Semoga Vanessa, Natalia, Bianka dan Capri Bryant diberikan kekuatan. Kamu semua berada dalam ingatan saya. Saya juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga lain dan juruterbang yang terkorban dalam nahas itu," katanya.

Antara selebriti Bollywood lain yang memberi tribute kepada Kobe ialah Rishi dan Ranbir Kapoor, Ranveer Singh, Arjun Kapoor, Virat Kohli, Lara Dutta, Madhuri Dixit, Dia Mirza dan ramai lagi.

Kobe dan Gianna serta tujuh penumpang yang lain difahamkan berada dalam perjalanan ke sebuah pertandingan bola keranjang sebelum helikopter yang dinaiki terhempas dalam kabus tebal di kawasan berbukit di pinggir bandar Calabasas, barat laut Los Angeles.

(Sumber foto: Business Insider)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!