CLOSE
CLOSE AD

Pengarah "Gul Makai" Ulas Isu Poster Filem Undang Kontroversi

  • 29 Jan 2020
Pengarah-Gul-Makai-Ulas-Isu-Poster-Filem-Undang-Kontroversi

Pengarah Amjad Khan berdepan sebuah lagi isu membabitkan filem biopik "Gul Makai" apabila seorang ulama dari Noida, India berpendapat bahawa poster filem itu menghina agama Islam.

Perkara itu disebabkan poster filem tersebut menunjukkan watak utama memegang sebuah buku yang terbakar dan terdapat pihak yang menyalah anggap bahawa ia adalah senaskhah Al-Quran.

"Kini terdapat fatwa yang telah dibangkitkan oleh seseorang dari Noida. Terdapat sebuah poster menunjukkan Malala memegang buku yang terbakar dan dia menganggap ia adalah Al-Quran.

"Dia menganggap kami telah menghina Al-Quran dan memanggil saya kafir. Saya akan cuba berhubung dengan dia untuk menjelaskan bahawa ia adalah buku Bahasa Inggeris," jelasnya yang dipetik dari Times of India.

Susulan itu, Amjad turut memberitahu bahawa dia telah membuat laporan polis berkenaan isu tersebut dan enggan memfailkan kes memandangkan dia ingin menghasilkan sebuah filem bertemakan keamanan.

Sebelumnya, Amjad mendedahkan dia menerima banyak emel berupa ugutan bunuh daripada individu-individu tidak dikenali sejak mengumumkan penerbitan filem tersebut.

Filem "Gul Makai" berkisarkan tentang kehidupan penerima Anugerah Nobel Keamanan dan aktivis pendidikan Malala Yousafzai dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan wanita.

Ia menandakan debut aktres televisyen kanak-kanak terkenal Reem Shaikh di layar perak. Selain Reem, ia turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Atul Kulkarni, Divya Dutta, Om Puri, Arif Zakaria dan ramai lagi.

Diterbitkan oleh Sanjay Singhla bersama Preeti Vijay Jaju, Dhaval dan Aksshay Jayantilal Gada, filem "Gul Makai" bakal menjengah penonton di pawagam bermula 31 Januari ini.

(Sumber foto: Amjad Khan Instagram)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!