CLOSE
CLOSE AD

Angelina Jolie jadi inspirasi untuk Disha Patani

  • 12 Feb 2020
  • Tags:
Angelina-Jolie-jadi-inspirasi-untuk-Disha-Patani

Disha Patani anggap Angelina Jolie aktres terbaik lakonkan watak gelap.

Aktres Disha Patani bakal menerajui filem aksi thriller arahan Mohit Suri "Malang" di samping aktor Aditya Roy Kapur yang menampilkannya sebagai watak gelap buat pertama kali.

"Ia merupakan watak yang menarik dan selepas meneliti skrip selama lima minit saya terus bersetuju untuk membintanginya kerana jarang untuk wanita ditawarkan watak gelap, jadi bila ada peluang saya terus sambar.

"Saya sukakan watak penjahat. Angelina Jolie merupakan inspirasi saya untuk menjayakan watak sebegini. Dia merupakan aktres terbaik untuk membawa watak penjahat. Banyak yang saya pelajari dari filem-filemnya," katanya yang dipetik dari India Today.

Menurut aktres berusia 27 tahun itu lagi, dia tiada masalah untuk bergandingan dengan Aditya dan mudah untuk mencipta keserasian sepanjang menjalani penggambaran bersama.

"Saya rasa bertuah kerana dapat bekerja dengan orang yang saya kagumi. Ia dapat dilihat dalam skrin. Jika anda berasa selesa dengan rakan aktor, maka segala kerja akan berjalan dengan lancar. Itu adalah kunci utama untuk mendapatkan keserasian," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Mohit Suri turut menyifatkan Disha pilihan terbaik untuk melakonkan watak gelap bernama Sara dalam filemnya itu kerana mempunyai perwatakan berani selain wajah jelita.

Selain "Malang", Disha juga akan membintangi dua buah filem lain iaitu "KTina" terbitan Ekta Kapoor dan "Radhe: Your Most Wanted Bhai", di mana dia akan berkongsi skrin dengan bintang terkenal Salman Khan.

(Sumber foto: Bazaar & Vogue Magazine)
(Sumber artikel: India Today)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.