CLOSE
CLOSE AD

Rohit Shetty ingin bikin filem aksi setanding Hollywood

  • 12 Feb 2020
  • Tags:
Rohit-Shetty-ingin-bikin-filem-aksi-setanding-Hollywood

Rohit Shetty mempromosikan filem aksi Hollywood "Bad Boys for Life".

Hasrat pembikin filem terkenal Rohit Shetty untuk menghasilkan filem aksi berskala besar setanding Hollywood tidak kesampaian apabila memberitahu mereka tidak mempunyai kos mencukupi.

"Kami hanya kekurangan bajet. Bukannya kami tak boleh menghasilkan babak-babak aksi setaraf mereka, ia cuma masalah kewangan. Sayangnya kami tidak mempunyai bajet sebegitu.

"Jika dilihat kini sesetengah filem setanding dengan filem aksi Hollywood kerana terdapat kru dari sana yang bekerja di sini," ujar Shetty yang dipetik dari Times of India.

Dalam pada itu, Shetty turut serta dalam mempromosikan filem aksi dalam francais yang diminatinya, iaitu "Bad Boys for Life" lakonan bintang popular Will Smith dan Martin Lawrence.

Filem ketiga dari francais terbitan Sony Pictures Entertainment itu akan ditayangkan di India bermula 31 Januari dalam versi Hindi, Tamil, Telugu dan Bahasa Inggeris.

Biarpun filem-filem besar Hollywood turut ditayangkan di India, namun perkara itu tidak menimbulkan kegusaran Shetty kerana industri perfileman Bollywood turut sama berkembang maju.

Dalam perkembangan lain, Shetty akan bertindak selaku penerbit dan pengarah bagi filem aksi "Sooryavanshi" dengan kerjasama Karan Johar.

Filem yang diterajui Akshay Kumar dan Katrina Kaif bersama Ajay Devgn dan Ranveer Singh itu bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Mac 2020.

(Sumber foto: Rohit Shetty Instagram)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.

Tiger-Shroff-Bakal-Terajui-Sekuel-Heropanti Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Tiger Shroff Bakal Terajui Sekuel "Heropanti"?

Pembikin filem telah merancang untuk menerbitkan francais filem itu tahun lalu.

Filem-Klasik-Mr-India-Bakal-Diterbitkan-Semula-Dalam-Trilogi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Filem Klasik "Mr. India" Bakal Diterbitkan Semula Dalam Trilogi

Berita itu disahkan oleh pengarah terkenal Ali Abbas Zafar.

Karan-Johar-Nafi-Bakal-Terbitkan-Student-of-the-Year-3 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Karan Johar Nafi Bakal Terbitkan "Student of the Year 3"

Pembikin filem itu meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan berita tersebut.