Selepas mencipta kejayaan besar menerusi filem "Pati Patni Aur Woh", aktor Kartik Aaryan dilaporkan bakal muncul dengan filem aksi pertamanya tidak lama lagi.

Menurut laporan dari Pinkvilla, Kartik dikatakan telah menandatangani filem aksi itu yang akan diarahkan oleh pengarah tersohor Om Raut.

Om Raut baru sahaja muncul dengan filem terbarunya berjudul "Tanhaji: The Unsung Warrior" yang dibintangi dua nama besar Bollywood iaitu Ajay Devgn dan Kajol.

Buat masa ini pembikinan filem yang masih belum diberi judul itu masih di peringkat awal dan pihak produksi kini sedang dalam proses akhir pemilihan aktres utama untuk filem itu.

Dalam pada itu, Kartik ketika ini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya "Love Aaj Kal" yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Filem romantik itu akan menyaksikan Kartik akan bergandingan dengan Sara Ali Khan sebagai peneraju yang mana ia juga kali pertama kedua-dua pelakon itu berkongsi skrin.

Sementara itu, selain "Love Aaj Kal" Kartik juga bakal muncul dengan beberapa filem terbaru antaranya "Bhool Bhulaiyaa" dan "Dostana 2".

(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: India.com)