Filem paling dinanti-nantikan pada tahun ini "Brahmastra" akhirnya sudah mempunyai tarikh tayangan walapun filem itu masih belum selesai sepenuhnya.

Menurut laporan dari Masala, pengumuman tarikh tayangan filem itu telah didedahkan oleh pengarahnya iaitu Ayan Mukherji yang mana salah seorang pelakon utama iaitu Amitabh Bachchan berkongsi berita gembira itu di laman Twitter miliknya; "Filem "Brahmastra" akan menjengah pawagam pada 4/12/20 & Ayan tidak dibernarkan untuk ubah tarikh itu!" selorohnya.

Selain Amitabh Bachchan, filem yang dijangka bakal menjadi filem pecah panggung ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt sebagai peneraju.

Ia turut akan menampilkan bintang terkenal Shah Rukh Khan yang akan membuat penampilan istimewa dalam filem itu.

Walaupun tarikh tayangan filem itu sudah didedahkan, bagaimanapun filem itu masih lagi belum siap sepenuhnya.

Ketika ini pihak produksi "Brahmastra" sedang sibuk dengan penggambaran babak-babak akhir dan ia akan selesai dalam masa terdekat ini.

Filem ini adalah yang pertama dari trilogi "Brahmastra" yang dirancang oleh penerbitnya iaitu Karan Johar.

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: Bollygrad Studioz)