CLOSE
CLOSE AD

Vicky Kaushal akui sukar berlakon filem seram

  • 09 Mar 2020
  • Tags:
Vicky-Kaushal-akui-sukar-berlakon-filem-seram

Dipilih untuk membintangi sebuah filem seram buat pertama kalinya menerusi "Bhoot – Part One: The Haunted Ship", aktor Vicky Kaushal mengakui ia sebuah genre yang mencabar dan sukar untuk dilakonkan.

"Genre ini adalah sesuatu yang saya tidak pernah bersedia sebagai seorang aktor. Jika berlakon filem komedi, drama atau babak yang bermain dengan emosi, saya dapat bekerjasama dengan rakan aktor yang lain.

"Saya boleh berlatih dan ketika penggambaran, babak sebegitu boleh dilakukan dengan spontan dan mencipta sesuatu yang baru. Namun, genre seram memerlukan saya mengetahui semuanya terlebih dahulu.

"Babak itu akan diterangkan kepada saya terlebih dahulu dan saya perlu memberi reaksi kepadanya. Jadi ia sangat teknikal dan terperinci, serta mencabar kerana saya tidak pernah didedahkan dengan genre ini sejak awal," katanya yang dipetik dari Times of India.

Bercerita lanjut mengenai sesi penggambaran, Vicky mendedahkan dia bersama kru produksi turut diganggu beberapa kejadian aneh yang kerap berlaku di lokasi penggambaran, iaitu sebuah kapal terbiar terletak di Gujarat.

Menurut aktor filem "Uri: The Surgical Strike" itu lagi, sebab utama dia bersetuju untuk menerima tawaran filem "Bhoot" adalah skrip yang menarik dan ingin mencuba genre seram.

Diarahkan oleh Bhanu Pratap Singh, filem itu turut menampilkan pelakon lain seperti Bhumi Pednekar, Ashutosh Rana dan Siddhanth Kapoor. "Bhoot – Part One: The Haunted Ship" bakal menghantui pawagam pada 21 Februari ini.

Beralih ke perkembangan lain, Vicky juga akan tampil sebagai watak utama menerusi filem biopik "Sardar Udham Singh" arahan Shoojit Sircar yang bakal ditayangkan pada 2 Oktober 2020.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Elle India)

 



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!