CLOSE
CLOSE AD

Karan Johar Utamakan Sensitiviti Agama Sebelum Bikin Filem

  • 04 Feb 2020
Karan-Johar-Utamakan-Sensitiviti-Agama-Sebelum-Bikin-Filem

Pembikin filem tersohor Karan Johar menegaskan bahawa isu sensitiviti agama sentiasa menjadi perkara yang dititik beratkan olehnya sebelum menghasilkan sesebuah filem.

Perkara itu timbul selepas terdapat pihak yang mendakwa filem sejarah arahannya berjudul "Takht" mengetengahkan Islamfobia atau sikap prejudis terhadap agama Islam.

"Anda sedang bercakap dengan pembikin filem yang mengarah filem 'My Name Is Khan'. Sensitiviti saya terhadap agama seluruh dunia sentiasa diutamakan. Ia sesuatu yang saya percaya sebagai seorang manusia dan masyarakat.

"Kami sangat mengutamakan sensitiviti orang ramai. Tambahan lagi, filem 'Takht' bukanlah sebuah kisah yang saya tulis, tetapi ia adalah sejarah yang saya hanya ingin ceritakan," katanya yang dipetik dari Eastern Eye.

Filem "Takht" diterajui oleh barisan pelakon seperti Vicky Kaushal, Ranveer Singh, Kareena Kapoor Khan, Bhumi Pednekar, Alia Bhatt, Janhvi Kapoor dan Anil Kapoor.

Dalam pada itu, Karan atau lebih dikenali sebagai KJo telah memuktamadkan lokasi penggambaran yang akan berlansung selama 170 hari di Eropah, Jaisalmer, Delhi, Perancis, Sepanyol dan Itali.

Filem "Takht" dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 24 Disember 2021.

(Sumber: Eastern Eye)
(Sumber foto: FHM India)

 



Suggested Articles

Kiara-Advani-Hargai-Sokongan-Peminat-Terhadap-Filem-Guilty Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Kiara Advani Hargai Sokongan Peminat Terhadap Filem "Guilty"

Aktres itu turut berkongsikan perasaan menjayakan watak dalam filem tersebut.

Rakul-Preet-Singh-Salur-Bantuan-Makanan-Kepada-200-Keluarga Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Rakul Preet Singh Salur Bantuan Makanan Kepada 200 Keluarga

Aktres itu ingin mengurangkan beban orang ramai yang terkesan akibat COVID-19.

Sara-Ali-Khan-Kekal-Aktif-Walaupun-Dalam-Tempoh-Perintah-Berkurung Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Sara Ali Khan Kekal Aktif Walaupun Dalam Tempoh Perintah Berkurung

Aktres itu berkongsikan video-video tarian dan senamannya di Instagram.

Suhana-Khan-Ikuti-Kelas-Tarian-di-Rumah Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Suhana Khan Ikuti Kelas Tarian di Rumah

Anak kepada bintang Shah Rukh Khan itu mendapat khidmat daripada seorang guru tarian.

Nora-Fatehi-Dedah-Kehidupan-Sebelum-Bergelar-Selebriti Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Nora Fatehi Dedah Kehidupan Sebelum Bergelar Selebriti

Aktres dan penyanyi itu pernah berdepan masalah kewangan suatu ketika dahulu.

Ekta-Kapoor-Tolak-Gaji-Setahun-Untuk-Bantu-Pekerja-Produksinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Ekta Kapoor Tolak Gaji Setahun Untuk Bantu Pekerja Produksinya

Pembikin filem itu ingin mengurangkan beban orang ramai akibat pandemik COVID-19.