Pembikin filem tersohor Karan Johar menegaskan bahawa isu sensitiviti agama sentiasa menjadi perkara yang dititik beratkan olehnya sebelum menghasilkan sesebuah filem.
Perkara itu timbul selepas terdapat pihak yang mendakwa filem sejarah arahannya berjudul "Takht" mengetengahkan Islamfobia atau sikap prejudis terhadap agama Islam.
"Anda sedang bercakap dengan pembikin filem yang mengarah filem 'My Name Is Khan'. Sensitiviti saya terhadap agama seluruh dunia sentiasa diutamakan. Ia sesuatu yang saya percaya sebagai seorang manusia dan masyarakat.
"Kami sangat mengutamakan sensitiviti orang ramai. Tambahan lagi, filem 'Takht' bukanlah sebuah kisah yang saya tulis, tetapi ia adalah sejarah yang saya hanya ingin ceritakan," katanya yang dipetik dari Eastern Eye.
Filem "Takht" diterajui oleh barisan pelakon seperti Vicky Kaushal, Ranveer Singh, Kareena Kapoor Khan, Bhumi Pednekar, Alia Bhatt, Janhvi Kapoor dan Anil Kapoor.
Dalam pada itu, Karan atau lebih dikenali sebagai KJo telah memuktamadkan lokasi penggambaran yang akan berlansung selama 170 hari di Eropah, Jaisalmer, Delhi, Perancis, Sepanyol dan Itali.
Filem "Takht" dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 24 Disember 2021.
(Sumber: Eastern Eye)
(Sumber foto: FHM India)
Public Anonymous User
Tue Feb 04 2020
This is My Karuthu I Full Episode I Episode 5
Watch "This is My Karuthu feat Santesh" for Big Stage Tamil S2 Quarter Final 1 now!
Don’t miss Santesh’s critiques on the performances of Big Stage Tamil Season 2 contestants every week. Stay tuned for more updates!
Powered by @cuckoo_official
Makeup and Styling: @urbangrayasia
Wardrobe: @deverlastingknot
#BigStageTamilS2 #astroulagam #SAMASAMAHealthier #FindingTheBestVoice #Turningpoint #AstroVinmeen #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita
Don’t miss Santesh’s critiques on the performances of Big Stage Tamil Season 2 contestants every week. Stay tuned for more updates!
Powered by @cuckoo_official
Makeup and Styling: @urbangrayasia
Wardrobe: @deverlastingknot
#BigStageTamilS2 #astroulagam #SAMASAMAHealthier #FindingTheBestVoice #Turningpoint #AstroVinmeen #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita