Tidak dapat dinafikan filem "Malang" merupakan antara filem Bollywood paling ditunggu-tunggu peminat yang mana ia menampilkan dua bintang terkenal iaitu Disha Patani dan Aditya Roy Kapur sebagai peneraju.

Bukan sahaja peminat tidak sabar, malah pelakon sendiri juga tidak sabar melihat hasil kerja mereka terutamanya Disha Patani yang berkongsi pengalamannya menjayakan babak 'bercium' di dalam laut bersama Aditya.

Menurut Disha, walaupun ia kedengaran seperti mudah tetapi ia sebenarnya amat mencabar kerana ia mengambil masa yang cukup lama untuk dirakam.

"Ia sangat sukar untuk menjayakan babak tersebut kerana kami berada di dalam laut selama 10 jam! Penggambaran babak itu sahaja memakan masa sekitar 12-14 jam.

"Berada dalam air dalam satu tempoh yang lama dengan perlu memberikan ekspresi watak sangat mencabar," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Tambah Disha lagi, sebelum penggambaran bermula dia dan Aidtya telah berlatih selama tiga hari dengan bantuan jurulatih.

Selain Disha dan Aditya, filem arahan Mohit Suri ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Anil Kapoor, Kunal Khemu, Amruta Khanvilkar, Angela Krislinzki dan ramai lagi.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Clout News)