Aktres yang semakin mencipta nama, Sara Ali Khan meyakinkan para peminat dengan memberitahu dia akan bergandingan dengan bapanya yang juga bintang terkenal Saif Ali Khan dalam filem pada masa akan datang.

"Ia akan jadi, saya juga teruja dan berharap untuk digandingkan bersama bapa saya pada masa akan datang. Buat masa ini masih tiada tawaran tetapi saya jangkakan kami akan mendapat projek bersama.

"Saya merupakan peminat filem "Love Aaj Kal" (2009) dan telah beberapa kali menontonnya. Saya sangat meminati Deepika Padukone dan pengarah Imtiaz Ali, termasuk filem-filem bapa saya," katanya yang dipetik dari Times of India.

Untuk pengetahuan lanjut, filem "Love Aaj Kal" yang asal dibintangi oleh bapanya Saif Ali Khan bersama Deepika Padukone, Rishi Kapoor dan Giselli Monteiro.

Buat masa ini, Sara sedang sibuk mempromosikan filem itu bersama aktor gandingannya Kartik Aaryan. Selain Sara dan Kartik, "Love Aaj Kal" turut menampilkan Randeep Hooda dan Arushi Sharma.

Diterbitkan oleh Dinesh Vijan dan Imtiaz Ali yang turut bertindak selaku pengarah, "Love Aaj Kal" akan menemui penonton di pawagam pada 14 Februari ini bersamaan dengan Hari Valentine.

Dalam perkembangan lain, Sara bakal berganding dengan aktor Varun Dhawan menerusi filem romantik arahan David Dhawan berjudul "Coolie No. 1" yang akan ditayangkan pada 1 Mei 2020.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Wallpaper Site)