CLOSE
CLOSE AD

Ronnie Screwvala elak penggambaran di Kerala akibat wabak Coronavirus

  • 09 Mar 2020
  • Tags:
Ronnie-Screwvala-elak-penggambaran-di-Kerala-akibat-wabak-Coronavirus

Susulan penularan wabak novel Coronavirus, pembikin filem Ronnie Screwvala mengambil langkah berjaga-jaga dan membatalkan penggambaran filem "Sitara" yang bakal dijalankan di Kerala pada 12 Februari ini.

Sehubungan dengan itu, Ronnie dan kumpulan produksinya dilaporkan sedang memikirkan pelan kedua bagi projek berkenaan memandangkan kerajaan negeri Kerala telah mengisytiharkan darurat akibat watak tersebut.

"Kesihatan diutamakan, jadi jadual penggambaran terpaksa ditangguhkan buat masa ini. Kami telah berulang alik ke Kerala bagi membuat peninjauan teknikal dan sepatutnya pulang selepas dua hari.

"Kru seni reka kami berada di sana sejak 30 Januari tetapi telah pulang pada Rabu. Kami bernasib baik kerana semuanya dalam keadaan terkawal. Kami akan memikirkan pelan kedua," ujar pengarah Vandana Kataria yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Buat pengetahuan lanjut, filem itu menampilkan aktres dan model Sobhita Dhulipala sebagai Tara, seorang gadis berdikari yang ingin mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik.

Sobhita baru-baru ini telah tampil dalam filem seram Netflix terbitan Ronnie iaitu "Ghost Stories" bersama aktor lain seperti Mrunal Thakur, Avinash Tiwary, Janhvi Kapoor, Raghuvir Yadav dan Vijay Varma.

Selain itu, Sobhita juga bakal muncul dalam filem komedi seram arahan Raghava Lawrence iaitu "Laxxmi Bomb", yang menampilkan Akshay Kumar dan Kiara Advani sebagai peneraju utama.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Bilkul Online)



Suggested Articles

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.

Warganet-Kecam-Tindakan-Karan-Johar-Hadiri-Majlis-Hari-Jadi-Neetu-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

Warganet Kecam Tindakan Karan Johar Hadiri Majlis Hari Jadi Neetu Kapoor

Ia susulan pembikin filem itu dikatakan sedang mengalami kemurungan.

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.