CLOSE
CLOSE AD

Padmini Kolhapure akui berhati-hati memilih skrip

  • 09 Mar 2020
  • Tags:
Padmini-Kolhapure-akui-berhati-hati-memilih-skrip

Padmini Kolhapure teruja membintangi filem barunya "Prawaas".

Aktres veteran Padmini Kolhapure memberitahu dia akan sentiasa bersikap selektif terhadap tawaran filem dan skrip supaya watak yang diterima menepati cita rasanya.

"Saya sentiasa memilih skrip dengan berhati-hati. Saya inginkan watak yang berkait dengan diri saya dan memberi kepuasan untuk saya jayakannya.

"Seperti sebelumnya saya ingin berlakon dalam sebuah filem sejarah dan saya dipilih untuk membintangi filem "Panipat" arahan Ashutosh Gowariker. Ia adalah sebuah filem yang bagus.

"Buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang watak tertentu yang saya idamkan. Walau bagaimanapun, jika ada tawaran filem yang berbeza dan mencabar, sudah tentu saya akan menerimanya," katanya yang dipetik dari Times of India.

Dalam perkembangan terbaru, Padmini bakal kembali ke layar perak menerusi filem berunsur drama kekeluargaan berjudul "Prawaas" yang diarahkan oleh Shashank Udapurkar.

Menurut Padmini, pembabitannya dalam filem itu merupakan salah satu pengalaman indah yang tidak akan dilupakan memandangkan ia banyak berkait rapat dengan isu sebenar.

Turut menampilkan Ashok Saraf, Vikram Gokhale, Rajit Kapoor dan Shreyas Talpade, "Prawaas" bakal menemui penonton di pawagam pada 14 Februari ini.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Padmini Kolhapure Instagram)



Suggested Articles

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!

Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

Aktor itu menggantikan tempat Karan Singh Grover yang sebelumnya membintangi musim pertama.