Pengarah Bhanu Pratap Singh berpuas hati dengan hasil filem seram "Bhoot Part One: The Haunted Ship" selepas diberi kebenaran untuk menjalankan penggambaran di Alang, Gujarat

Buat pengetahuan lanjut, ia merupakan sebuah kawasan perobohan kapal terbesar di Asia. Menurut Bhanu, pada awalnya dia berdepan kesukaran untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

"Penerbit eksekutif kami Parth Dholakia dan pihak produksi terpaksa dihantar ke Bhavnagar selama sebulan untuk meyakinkan pihak berkuasa. Selepas beberapa kali berulang alik, kami akhirnya diberi kebenaran untuk melakukan penggambaran di situ.

"Kami juga sedia maklum untuk tidak menggunakan sebarang bahan yang mudah terbakar untuk mengelakkan kebakaran di atas kapal," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

Selain pelakon utamanya, Vicky Kaushal, patah tulang pipi sewaktu melakukan aksi lagak ngeri pada April 2019, kru produksi turut berdepan gangguan aneh yang kerap berlaku di lokasi penggambaran.

Turut tampil dalam filem itu di samping Vicky ialah Bhumi Pednekar, Ashutosh Rana dan Siddhanth Kapoor yang menggalas watak-watak penting.

Difilemkan sepenuhnya di atas sebuah kapal usang, filem terbitan Karan Johar itu diinspirasikan dari sebuah kisar benar dan bakal menghantui penonton di pawagam bermula 21 Februari ini.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Vicky Kaushal Instagram)