Pelakon Richa Chadha teruja apabila mendapat kepercayaan daripada pengarah filem terkenal Subhash Kapoor untuk membintangi filem politik berjudul "Madam Chief Minister" sebagai peneraju.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, Richa akan membawa watak sebagai seorang ahli politik yang butiran lanjut mengenai watak itu masih belum didedahkan.

"Saya berasa gembira apabila filem "Madam Chief Mister" telah diumumkan. Ia merupakan watak yang agak mencabar tetapi saya bersyukur apabila diberi peluang untuk berkerjasama dengan pengarah Subhash dan barisan pelakon hebat," ujarnya.

Selain Richa, filem ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Manav, Akshay Oberoi dan Saurabh Shukla.

"Madam Chief Minister" dijadualkan akan ditayangkan pada 17 Julai 2020.

Sementara itu, selain filem "Madam Chief Minister", Subhash juga bakal muncul dengan filem biopik Gulshan Kumar berjudul "Mogul" yang mana ia diterajui oleh Aamir Khan.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: India Today)