CLOSE
CLOSE AD

Rajkummar Rao Mahu Rehat Seketika Dari Dunia Lakonan

  • 13 Feb 2020
Rajkummar-Rao-Mahu-Rehat-Seketika-Dari-Dunia-Lakonan

Aktor versatil Rajkummar Rao yang baru-baru ini tampil dalam filem "Shimla Mirchi" bersama Rakul Preet Singh membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh rehatnya dari dua minggu ke tiga bulan hingga akhir Mac ini.

Walau bagaimanapun, menurut Raj tempoh rehatnya bukanlah atas dasar sudah bosan atau letih dengan kerjaya sebagai pelakon, sebaliknya ingin merancang perjalanan kerjayanya untuk masa akan datang.

"Saya tidak pernah berasa letih dengan kerja saya dan mencipta watak-watak baru bukanlah sesuatu yang membosankan bagi saya. Lihat sahaja aktor veteran seperti Amitabh Bachchan.

"Biarpun sudah lanjut usia, dia masih kuat dan bertenaga. Dia masih rajin bekerja. Jadi siapalah kita untuk berkata kita sudah letih dengan kerja?

"Namun kadangkala ada masa saya rasa penting untuk kita bertenang dan merancang dengan baik apa yang kita ingin lakukan pada masa akan datang," jelasnya seperti yang dipetik dari Times of India.

Pada perayaan Krismas 2019 hingga awal Januari lepas, bintang filem "Judgementall Hai Kya" itu dilihat bercuti bersama teman wanitanya Patralekha di Switzerland, Paris dan Italy.

Dalam perkembangan lain, Raj akan muncul dalam tiga buah filem baru yang akan ditayangkan sepanjang tahun ini iaitu "Roohi Afzana", "Ludo" dan "Chhalaang".

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Rajkummar Rao Instagram)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.