CLOSE
CLOSE AD

Tiger Shroff: Setiap Hari Saya Gementar Apabila Bangun Tidur

  • 17 Feb 2020
Tiger-Shroff-Setiap-Hari-Saya-Gementar-Apabila-Bangun-Tidur

Biarpun filem-filem aksi merupakan 'makanan' baginya, namun aktor Tiger Shroff mengakui berdepan cabaran besar untuk menjayakan filem terbarunya "Baaghi 3" arahan Ahmed Khan.

"Saya tak rasa saya pernah berasa takut melakukan filem aksi sebagaimana saya menjayakan filem "Baaghi 3". Setiap hari apabila bangun tidur saya berasa gementar menantikan cabaran yang saya bakal hadapi.

"Saya tak fikir kami dapat menjayakan usaha dan visi kami tanpa sokongan daripada Encik Ahmed dan kumpulan produksinya, termasuk sokongan daripada Encik Sajid sendiri," katanya yang dipetik dari Times of India.

Baru-baru ini, pembikin filem telah melancarkan treler terbaru "Baaghi 3", yang menjanjikan ia bakal menyajikan kisah yang padat dengan babak aksi kepada para peminat.

Menerusi filem itu, Tiger akan digandingkan semula bersama aktres Shraddha Kapoor.

Selain mereka, antara pelakon yang turut membintangi filem ini adalah Riteish Deshmukh, Ankita Lokhande, Annu Kapoor, Vijay Varma dan Nora Fatehi.

Diterbitkan oleh Sajid Nadiadwala di bawah produksi Nadiadwala Grandson Entertainment dan Fox Star Studios, filem yang dinanti-nanti ramai itu akan dirilis pada 6 Mac 2020.

Dalam perkembangan lain, Tiger juga akan menjayakan sebuah 'remake' kepada filem Hollywood lakonan Sylvester Stallone berjudul "Rambo" yang akan ditayangkan pada 2 Oktober 2020.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Tiger Shroff Instagram)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.