CLOSE
CLOSE AD

Filem Klasik "Mr. India" Bakal Diterbitkan Semula Dalam Trilogi

  • 19 Feb 2020
Filem-Klasik-Mr-India-Bakal-Diterbitkan-Semula-Dalam-Trilogi

Pengarah Ali Abbas Zafar mengumumkan berita baik apabila dia dipertanggungjawabkan untuk mengarah 'remake' filem adiwira klasik "Mr. India" (1987) yang bakal diterbitkan dalam trilogi.

Ali yang terkenal dengan filem-filem seperti "New York", "Gunday", "Sultan", "Tiger Zinda Hai" dan "Bharat" telah ditugaskan oleh produksi Zee Studios.

"Ali akan mengarah filem ini dan buat masa ini dia sedang meneliti skrip yang hampir siap. Sudah lama mereka merancang untuk memulakan projek ini. Ideanya adalah untuk menerbitkan sebuah francais," dedah sumber yang dipetik dari Hindustan Times.

Laporan sebelum ini pernah menyatakan bahawa Ranveer Singh akan menggalas watak Mr. India yang pernah dijayakan oleh Anil Kapoor dalam filem asal, sementara Katrina Kaif menggalas watak yang dibawa mendiang Sridevi.

Walau bagaimanapun, seperti yang diberitahu Ali menerusi laman Twitter, tiada aktor yang dipilih buat masa ini dan sesi uji bakat hanya akan diadakan selepas skrip disiapkan sepenuhnya.

"Ia merupakan sebuah tanggungjawab yang besar untuk menjayakan watak ikonik yang digemari ramai ini. Sebaik sahaja skrip siap, sesi uji bakat akan dijalankan!" katanya.

Beralih ke perkembangan lain, Ali akan bergelar penerbit buat pertama kalinya apabila menerbitkan filem aksi thriller "Khaali Peeli" yang diterajui Ishaan Khatter dan Ananya Panday.

Diarahkan oleh Maqbool Khan, filem itu bakal ditayangkan di pawagam pada 12 Jun 2020.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Ali Abbas Zafar Instagram)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.