CLOSE
CLOSE AD

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

  • 20 Feb 2020
Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji

Aktor Riteish Deshmukh mengumumkan bahawa dia bakal berkolaborasi dengan pengarah Nagraj Manjule bagi menjayakan sebuah filem Marathi berkenaan raja dan pewira Empayar Maratha, Shivaji Bhosale I.

Sehubungan dengan itu, Riteish turut mendedahkan bahawa projek itu akan dihasilkan dalam bentuk trilogi, dengan judul-judul sementara iaitu "Shivaji", "Raja Shivaji" dan "Chhatrapati Shivaji". Menurut laporan dari DNA India, Riteish membuat pengumuman itu menerusi laman Twitter bersempena dengan ulang tahun kelahiran Shivaji ke-390 yang disambut oleh masyarakat di India.

Walaubagaimanapun, barisan pelakon lain yang akan ditampilkan dalam filem trilogi berkenaan masih belum didedahkan buat masa ini.

Dalam pada itu, Nagraj turut mendedahkan dia bakal bekerjasama dengan dua pengarah muzik terkenal, Ajay dan Atul Gogavale, untuk menghasilkan runut bunyi bagi trilogi tersebut.

Seperti yang diberitahu oleh Nagraj menerusi video 'teaser' yang dimuat naik baru-baru ini, filem "Shivaji" dijangka untuk ditayangkan pada 2021.

Untuk rekod, sebelum ini Riteish pernah membintangi dua buah filem Marathi iaitu "Lai Bhaari" (2014) dan "Mauli" (2018).

Beralih ke perkembangan lain, Riteish akan kembali ke layar perak menerusi filem aksi "Baaghi 3" arahan Ahmed Khan yang turut diterajui oleh Tiger Shroff. Ia akan ditayangkan pada 6 Mac 2020.

(Sumber: DNA India)
(Sumber foto: Eastern Eye & Amazon India)



Suggested Articles

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.

Akshay-Kumar-Akui-Wabak-COVID-19-Jejaskan-Industri-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Akshay Kumar Akui Wabak COVID-19 Jejaskan Industri Bollywood

Aktor itu berkata penularan wabak berbahaya itu telah memberi kesan kepada banyak industri.

Kajol-Gembira-Buat-Pilihan-Tepat-Untuk-Debut-Filem-Pendek Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kajol Gembira Buat Pilihan Tepat Untuk Debut Filem Pendek

Aktres itu telah menjayakan filem pendek arahan Priyanka Banerjee berjudul "Devi".

Aparshakti-Khurana-jayakan-watak-utama-dalam-Helmet Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Aparshakti Khurana jayakan watak utama dalam "Helmet"

Filem arahan Satram Ramani itu kini berada dalam proses pos-produksi.