CLOSE
CLOSE AD

Tiga terbunuh dihempap kren ketika penggambaran filem "Indian 2"

  • 09 Mar 2020
  • Tags:
Tiga-terbunuh-dihempap-kren-ketika-penggambaran-filem-Indian-2

Malang tidak berbau apabila tiga individu yang terlibat dengan produksi filem "Indian 2", meninggal dunia selepas dihempap sebuah kren yang tumbang sewaktu penggambaran berlangsung pada malam Rabu di Chennai.

Mangsa yang dikenal pasti ialah penolong pengarah Krishna serta pembantu produksi Madhu dan Chandran. Mereka difahamkan sedang membina set di tempat kejadian apabila kren yang sarat dengan lampu itu tumbang.

Dalam pada itu, aktor veteran Kamal Haasan memberitahu dia dan pengarah S. Shankar berkemungkinan akan menjadi mangsa jika tidak beredar dari tempat kejadian empat saat lebih awal.

"Empat saat sebelum kemalangan berlaku, pengarah dan jurukamera pergi dari situ dan saya pula berdiri berhampiran khemah itu bersama pelakon wanita Kajal Aggarwal.

"Saya sudah menapak dalam industri ini sejak kecil lagi, dan sekali lagi kemalangan ini membuktikan pihak produksi tidak mengutamakan keselamatan.

"Bukan hanya industri filem, malah semua industri perlu menitikberatkan keselamatan. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan kita perlu memastikan ia boleh dielakkan" katanya yang dipetik dari Times of India.

Kemalangan yang berlaku pada hari kelima penggambaran itu turut menyebabkan sembilan orang kru produksi lain tercedera dan dikejarkan ke hospital terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Lyca Productions, Tamil Kumaran, memberitahu pihak mereka akan menanggung kos perubatan kru yang tercedera dan menderma sebanyak 2 Crore (RM1.1 juta) kepada keluarga-keluarga mangsa.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: 124 Telugu Twitter)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!