CLOSE
CLOSE AD

Kelas tarian bantu Manushi Chhillar jayakan "Prithviraj"

  • 09 Mar 2020
  • Tags:
Kelas-tarian-bantu-Manushi-Chhillar-jayakan-Prithviraj

Ratu cantik Miss World 2017 Manushi Chhillar yang bakal membuat debut lakonan menerusi filem "Prithviraj" memberitahu pengalamannya menyertai kelas tarian banyak membantu untuk menjayakan wataknya.

"Latihan tarian klasik yang saya lakukan ketika kecil sangat membantu saya dalam "Prithviraj". Saya berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana mendorong saya untuk belajar menari sehingga saya mampu serlahkan bakat saya dalam filem.

"Perasaan saya bercampur baur apabila melihat skala dan langkah tarian yang saya perlu lakukan untuk sesi latihan, tetapi saya mempunyai keyakinan tinggi. Apa yang saya belajar dahulu saya gunakan semula dan buat sehabis baik.

"Saya gembira kerana pengarah dan guru tarian saya berpuas hati dengan persembahan saya. Itu yang paling penting. Saya harap para penonton menghargai kerja keras saya untuk filem ini," katanya menerusi laporan Times of India.

Manushi baru sahaja selesai menjalani penggambaran bagi babak sebuah lagu yang ditampilkan dalam filem, di mana dia berpeluang untuk menonjolkan bakat tariannya di skrin lebar.

Buat pengetahuan lanjut, filem "Prithviraj" berkisarkan tentang kehidupan Raja Prithviraj Chauhan, yang mana wataknya akan digalas oleh bintang terkenal Akshay Kumar.

Sebelumnya, Manushi telah berkongsikan sedikit 'teaser' penampilan wataknya dalam filem tersebut, iaitu sebagai isteri kepada Raja Prithviraj, Sanyogita.

Diarahkan oleh Dr. Chandraprakash Dwivedi, "Prithviraj" bakal ditayangkan di pawagam pada Diwali 2020.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Manushi Chhillar Instagram)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!