CLOSE
CLOSE AD

Filem bertema isu sosial jadi pilihan Shraddha Kapoor

  • 09 Mar 2020
  • Tags:
Filem-bertema-isu-sosial-jadi-pilihan-Shraddha-Kapoor

Memandangkan industri perfileman Bollywood lebih kepada genre aksi, komedi dan romantik, aktres Shraddha Kapoor memberitahu dia berkeinginan untuk membintangi filem yang mengetengahkan isu sosial.

"Pawagam merupakan sebuah medium yang mampu mempengaruhi proses pemikiran dan menyentuh isu yang tidak dibicarakan. Jadi saya teringin untuk membintangi filem sebegitu," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Baru-baru ini, Shraddha dilihat menjayakan filem "Street Dancer 3D" bersama Varun Dhawan. Walau bagaimanapun, filem arahan Remo D'Souza itu gagal mencapai sasaran pecah panggung seperti yang dijangka ramai.

Dalam pada itu, Shraddha akan kembali berganding dengan aktor Tiger Shroff dalam filem aksi arahan Ahmed Khan iaitu "Baaghi 3". Ia dijadual untuk ditayangkan di pawagam pada 6 Mac 2020.

Berbicara lanjut mengenai aktor gandingannya itu, Shraddha mendedahkan dia teringin untuk berkongsi skrin dengan Tiger menerusi filem komedi pada masa akan datang.

"Tiger mempunyai semangat yang bagus, sangat berdisiplin dan merupakan satu-satunya aktor yang mampu memperjuangkan francais seperti "Baaghi" kerana lakonan aksinya bukan calang-calang.

"Saya teringin untuk membintangi filem komedi bersamanya suatu hari nanti. Dia mempunyai sisi lucunya tersendiri," tambah aktres berusia 32 tahun itu lagi.

2020 menandakan tahun ke-10 Shraddha menapak dalam industri perfileman Bollywood, di mana dia membuat debut di layar perak menerusi filem thriller "Teen Patti" yang dibintangi bintang veteran Amitabh Bachchan dan aktor Hollywood Ben Kingsley.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Grazia India)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.