CLOSE
CLOSE AD

Mohit Suri belum tentukan pelakon filem "Aashiqui 3"

  • 09 Mar 2020
  • Tags:
Mohit-Suri-belum-tentukan-pelakon-filem-Aashiqui-3

Biarpun telah mengesahkan bahawa filem muzikal romantik "Aashiqui 3" kini dalam proses pembikinan, pengarah Mohit Suri menegaskan dia masih belum menentukan para pelakon bagi filem tersebut.

Sehubungan dengan itu, dia turut menjawab spekulasi yang timbul mengatakan Sidharth Malhotra dan Alia Bhatt bakal digandingkan untuk menerajui "Aashiqui 3".

"Buat masa ini saya masih menulis skrip filem. Saya perlu menyiapkan skrip dan menentukan muzik yang sesuai terlebih dahulu sebelum memulakan produksi "Aashiqui 3".

"Sid merupakan teman baik saya dan kami sering meluangkan masa bersama. Walau bagaimanapun, sehingga kini tidak ada mana-mana pelakon yang ditetapkan untuk filem ini," katanya yang dipetik dari Hindustan Times.

Filem "Aashiqui 2" yang ditayangkan pada 2013 merupakan inspirasi dari filem Hollywood klasik "A Star is Born" (1954). Ia diterajui oleh Aditya Roy Kapur dan Shraddha Kapoor. "Aashiqui 3" pula dijangka tayang pada 2022.

Terkini, filem arahannya yang terbaru iaitu "Malang", berjaya menerima sambutan menggalakkan serta mencapai kutipan pecah panggung sejak ditayangkan dua minggu lalu.

Dalam meraikan kejayaan filem lakonan Aditya Roy Kapur bersama Disha Patani itu, Morit turut memberi fokus terhadap pembikinan filem sekuel "Ek Villain 2".

Jika filem pertama dibintangi oleh Sidharth dan Shraddha, filem sekuel yang akan dirilis pada 2021 itu bakal menampilkan gandingan hebat Aditya dan John Abraham sebagai peneraju utama.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Bollywood Garam)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.