CLOSE
CLOSE AD

Taapsee Pannu tak terkesan "Thappad" diboikot

  • 09 Mar 2020
  • Tags:
Taapsee-Pannu-tak-terkesan-Thappad-diboikot

Baru-baru ini tular di Twitter apabila terdapat segelintir pihak bertindak memboikot filem lakonan Taapsee Pannu "Thappad" yang mula ditayangkan di pawagam.

Difahamkan kekecohan yang timbul berpunca apabila Taapsee dan pengarah Ahubhav Sinha membabitkan diri dalam protes anti Akta Pindaan Kewarganegaraan India (CAA) pada Disember lalu.

"Bagi saya pendapat para pelakon sepatutnya tidak menjejaskan kerjaya mereka dan saya tak rasa ia melebihi had. Hanya lebih kurang dua ribu kicau sahaja yang diperlukan untuk mencipta tanda arus di Twitter.

"Adakah jumlah itu akan menjejaskan filem? Saya tak rasa begitu. Mungkin saya mempunyai pandangan politik dan sosial berbeza daripada ramai orang tetapi ia tak bermakna orang tak akan menonton filem itu.

"Filem lebih penting dari para pelakon. Dalam filem terdapat beratus orang yang terlibat sama. Jadi saya rasa ia tidak menusabah untuk memboikot filem hanya kerana pelakonnya mempunyai pandangan politik berbeza" katanya yang dipetik dari Hindustan Times.

Bertemakan konflik keganasan rumah tangga, filem itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Pavail Gulati, Ratna Pathak Shah, Tanvi Azmi, Dia Mirza, Kumud Mishra dan Ram Kapoor.

Buat pengetahuan, filem itu sepatutnya dirilis pada 6 Mac 2020 sebelum pembikin filem membuat keputusan untuk merpercepatkan tayangannya pada 28 Februari.

Selain "Thappad", Taapsee juga bakal muncul dalam sebuah filem thriller misteri "Haseen Dillruba" bersama aktor televisyen Vikrant Massey yang akan ditayangkan pada 18 September 2020.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Exhibit India)



Suggested Articles

Tayangan-Filem-Varun-Dhawan-Coolie-No-1-Ditunda-Juga Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Apr 2020

Tayangan Filem Varun Dhawan "Coolie No. 1" Ditunda Juga?

Buat masa ini pihak produksi masih belum menetapkan tarikh baru filem tersebut.

Tayangan-Filem-Radhe-Mungkin-Akan-Ditunda Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Apr 2020

Tayangan Filem "Radhe" Mungkin Akan Ditunda

Ia susulan Perintah Berkurung yang dilaksanakan di India akibat pandemik COVID-19.

Hrithik-Roshan-Jalin-Kerjasama-Dengan-NGO-Bantu-Golongan-Memerlukan Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Apr 2020

Hrithik Roshan Jalin Kerjasama Dengan NGO Bantu Golongan Memerlukan

Aktor itu membantu beberapa golongan yang terkesan dengan Perintah Berkurung.

Kiara-Advani-Hargai-Sokongan-Peminat-Terhadap-Filem-Guilty Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Kiara Advani Hargai Sokongan Peminat Terhadap Filem "Guilty"

Aktres itu turut berkongsikan perasaan menjayakan watak dalam filem tersebut.

Rakul-Preet-Singh-Salur-Bantuan-Makanan-Kepada-200-Keluarga Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Rakul Preet Singh Salur Bantuan Makanan Kepada 200 Keluarga

Aktres itu ingin mengurangkan beban orang ramai yang terkesan akibat COVID-19.

Sara-Ali-Khan-Kekal-Aktif-Walaupun-Dalam-Tempoh-Perintah-Berkurung Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Sara Ali Khan Kekal Aktif Walaupun Dalam Tempoh Perintah Berkurung

Aktres itu berkongsikan video-video tarian dan senamannya di Instagram.