Seperti sedia maklum, pengarah Mohit Suri bakal menghasilkan sekuel kepada filem "Ek Villain" dan laporan terbaru menyatakan bahawa aktres Disha Patani bakal diangkat sebagai peneraju utama.

"Disha adalah aktres pertama yang bertemu saya dan menyatakan hasratnya untuk membintangi lebih banyak filem aksi sebagaimana dilakukan oleh aktor-aktor filem aksi.

"Ketika itu juga saya bertanya jika dia ingin membintangi sekuel "Ek Villain" dan dia bersetuju. Jika "Malang" menampilkan watak Disha yang periang, filem kali ini akan menonjolkan sisi lainnya," ujar Mohit yang dipetik dari Pune Mirror.

Walaubagaimanapun, Disha telah menafikan bahawa dia telah ditawarkan untuk membintangi filem tersebut di samping Aditya Roy Kapur dan John Abraham.

Beralih ke perkembangan lain, Disha kini sedang meraikan kejayaan filem aksi thriller "Malang" yang berjaya meraih kutipan tinggi sejak ia ditayangkan bermula 7 Februari lalu.

Selain itu, Disha akan membuat penampilan khas menerusi lagu "Do You Love Me" dalam filem "Baaghi 3" arahan Ahmed Khan yang diterajui oleh Tiger Shroff.

Filem baru lain yang turut dilakonkan oleh Disha ialah "KTina" arahan Ashima Chibber dan juga filem yang dinanti-nanti ramai, "Radhe: Your Most Wanted Bhai", yang menggandingkan aktres itu dan bintang terkenal Salman Khan.

(Sumber: Pune Mirror)
(Sumber foto: Maxim Magazine)