CLOSE
CLOSE AD

Bhumi Pednekar Jadi Sebahagian Filem "Durgavati"

  • 05 Mar 2020
Bhumi-Pednekar-Jadi-Sebahagian-Filem-Durgavati

Aktres Bhumi Pednekar kini sedang sibuk terlibat dengan jadual penggambaran bagi filem thriller seram terbaru arahan G. Ashok berjudul "Durgavati" di Madhya Pradesh sejak pertengahan Januari lalu.

"Durgavati" merupakan sebuah adaptasi versi Hindi bagi filem seram Telugu "Bhaagamathie" yang dibintangi oleh Anushka Shetty dan Jayaram pada 2018.

Menerusi filem itu, Bhumi memegang watak utama sebagai seorang pegawai IAS bernama Chanchal Singh Chauhan atau Durgavati.

Menurut laporan dari Times of India, Bhumi menganggap penglibatannya dalam filem tersebut sebagai satu tanggungjawab besar yang harus dipikul.

"Saya teruja dapat masuk set "Durgavati". Watak yang saya bawa sudah serasi dengan diri saya. Ia satu genre yang agak berbeza.

"Memandangkan ia datang dari sebuah filem Telugu yang berjaya, "Durgavati" adalah satu tanggungjawab besar bagi saya. Saya mempunyai kumpulan produksi yang hebat untuk bekerjasama," katanya.

Selain Bhumi, filem itu turut menampilkan pelakon seperti Arshad Warsi, Mahie Gill, Karan Kapadia, Jisshu serta penampilan khas oleh bintang terkenal Akshay Kumar, yang juga bertindak sebagai salah seorang penerbit.

Walaupun sudah hampir dua bulan produksi bermula, namun pembikin filem itu masih belum menetapkan tarikh tayangan buat masa ini.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Bhumi dan aktres gandingannya Taapsee Pannu dalam filem "Saand Ki Aankh" telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Kritik pada malam Anugerah Filmfare 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.\\

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Filmy Today)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!