CLOSE
CLOSE AD

Ali Fazal dan Richa Chadha Bakal Kahwin April ini

  • 05 Mar 2020
Ali-Fazal-dan-Richa-Chadha-Bakal-Kahwin-April-ini

Setelah hampir lima tahun bersama, pasangan aktor Ali Fazal dan Richa Chadha memutuskan untuk berkahwin pada hujung April ini yang mana majlis mereka bakal diadakan di Mumbai dan Delhi.

Kedua-dua bintang filem yang pernah bekerjasama dalam filem komedi pecah panggung "Fukrey" (2013) itu sentiasa bersikap terbuka apabila disoal mengenai hubungan mereka.

Pada asalnya, mereka telah menetapkan tarikh perkahwinan antara bulan Jun dan Julai, namun atas komitmen kerja yang padat dan tidak dapat dielakkan, mereka bercadang untuk melangsungkannya lebih awal.

"Ali dan Richa telah mendaftar perkahwinan mereka baru-baru ini. Kedua-duanya mempunyai komitmen kerja yang tak dapat ditangguhkan jadi mereka bercadang untuk mengubah tarikh perkahwinan.

"Richa telah merancang untuk menghabiskan segala kerjanya pada hujung Mac atau awal April tetapi dia juga mula terlibat dengan sebuah projek baru, sementara Ali akan sibuk pada Mei dan Jun," dedah sumber yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Dalam perkembangan lain, Ali bakal membintangi filem thriller misteri "Death on the Nile" arahan Kenneth Branagh, yang diadaptasi dari novel sama judul oleh Agatha Christie.

Sehubungan dengan itu, Ali akan berkongsi skrin dengan bintang-bintang Hollywood seperti Kenneth, Tom Bateman, Russell Brand, Gal Gadot, Letitia Wright, Rose Leslie dan ramai lagi.

Diedarkan oleh 20th Century Studios, "Death on the Nile" dijangka untuk ditayangkan pada 9 Oktober 2020.

Filem itu menandakan penglibatan kedua Ali dalam filem Hollywood selepas membuat penampilan khas dalam filem "Furious 7" (2015) yang diterajui Vin Diesel, Paul Walker dan Dwayne Johnson.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Masala)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.