CLOSE
CLOSE AD

Projek filem "Mr. Lele" Varun Dhawan ditunda

  • 02 Apr 2020
Projek-filem-Mr-Lele-Varun-Dhawan-ditunda

Hujung tahun lalu, aktor Varun Dhawan dilaporkan akan kembali bekerjasama dengan pengarah Shashank Khaitan buat kali ketiga bagi filem komedi thriller terbaru "Mr. Lele".

Walau bagaimanapun, menurut laporan Bangalore Mirror, projek filem itu kini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu susulan Varun terikat dengan jadual padat bagi projek filem lain.

Pada asalnya, sesi penggambaran dijadualkan untuk berlangsung pada bulan ini dan akan dijalankan di Mumbai.

"Shashank telah memulakan proses pra-produksi, tetapi kebanyakan tarikh bagi jadual para pelakon telah berlanggar. Pihak produksi akan memikirkan rancangan lain bagi filem ini kelak," dedah satu sumber.

Menerusi filem itu, Varun sepatutnya digandingkan dengan Kiara Advani, sebelum aktres itu terpaksa mengundur diri kerana isu pelanggaran tarikh dan diganti dengan Janhvi Kapoor.

Dalam perkembangan lain, Varun yang baru-baru ini membintangi filem "Street Dancer 3D" arahan Remo D'Souza, akan bergandingan dengan Sara Ali Khan dalam filem "Coolie No. 1".

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Tamil Scrap)



Suggested Articles

Deepika-Padukone-Pernah-Tolak-Filem-Debut-Bersama-Salman-Khan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Deepika Padukone Pernah Tolak Filem Debut Bersama Salman Khan

Aktres itu mendedahkan pada ketika itu dia masih belum bersedia untuk berlakon.

Selebriti-selebriti-Bollywood-Yang-Enggan-Lakonkan-Babak-Bercium Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Selebriti-selebriti Bollywood Yang Enggan Lakonkan Babak Bercium

Jom lihat mengapa selebriti-selebriti terkenal ini enggan melakonkan adegan tersebut.

Tahira-Kashyap-Akui-Masih-Belum-Bersedia-Untuk-Mengarah-Ayushmann-Khurrana Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Tahira Kashyap Akui Masih Belum Bersedia Untuk Mengarah Ayushmann Khurrana

Pengarah itu merasakan suaminya adalah seorang aktor senior dan versatil.

Ameesha-Patel-Bukan-Pilihan-Utama-Untuk-Bintangi-Kaho-Naa-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Ameesha Patel Bukan Pilihan Utama Untuk Bintangi "Kaho Naa... Pyaar Hai"

Filem klasik itu dijayakan oleh Ameesha bersama aktor terkenal Hrithik Roshan.

Taapsee-Pannu-Bakal-Bintangi-Biopik-Sukan-Karnam-Malleswari Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Taapsee Pannu Bakal Bintangi Biopik Sukan Karnam Malleswari?

Aktres itu dilaporkan telah ditawar untuk membawa watak atlet angkat berat tersebut.

Priyanka-Chopra-Dan-Disha-Patani-Dituduh-Hipokrit-Oleh-Warga-Twitter Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Priyanka Chopra Dan Disha Patani Dituduh Hipokrit Oleh Warga Twitter

Ia berkait dengan isu perkauman yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.