CLOSE
CLOSE AD

Taapsee Pannu Jalani Latihan Kecergasan Di Haridwar

  • 06 Mar 2020
Taapsee-Pannu-Jalani-Latihan-Kecergasan-Di-Haridwar

Sebagai persiapan sebelum memasuki set penggambaran filem sukan terbarunya, "Rashmi Rocket", aktres Taapsee Pannu kini sedang sibuk menjalani latihan kecergasan fizikal sejak dua bulan lalu.

Menurut pengarah Akarsh Khurana, watak yang dipegang oleh Taapsee adalah fiksyen tetapi jalan ceritanya merupakan gabungan beberapa kejadian sebenar yang melibatkan atlet wanita India dan antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Akarsh mendedahkan Taapsee kini menjalani latihannya di sebuah sekolah di Haridwar selama dua jam sehari untuk meningkatkan stamina dan memahirkan gerak tubuh seorang atlet.

"Tema yang kami ketengahkan adalah sukan, sementara jalan ceritanya berkisarkan tentang perjalanan atlet itu dari mula sehingga dia menjadi terkenal, serta terlibat dengan politik dan rasuah kesukanan.

"Kami turut mengupah seorang guru bahasa untuk mengajar Tapsee bertutur dan memahami frasa bahasa Kutchi. Penggambaran akan bemula pada 1 April ini di Kutch.

"Jadual penggambaran di sana akan dibahagikan kepada tiga. Selepas itu, kami akan berangkat ke Delhi pada Mei, serta Dehradun dan Mussoorie pada Jun" ujar Akarsh yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Selain Taapsee, filem terbitan kerjasama Ronnie Screwvala, Neha Anand dan Pranjal Khandhdiya itu turut dibintangi oleh Aparshakti Khurana dan Priyanshu Painyuli.

"Rashmi Rocket" dijangka untuk ditayangkan di pawagam pada hujung tahun ini.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: FHM India)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.