CLOSE
CLOSE AD

Tara Sutaria Jadi Pilihan Pihak Produksi "Ek Villain 2"

  • 11 Mar 2020
Tara-Sutaria-Jadi-Pilihan-Pihak-Produksi-Ek-Villain-2

Selepas Disha Patani dipilih untuk membintangi "Ek Villain 2", kini pihak produksi filem itu memilih aktres Tara Sutaria untuk mengisi sebuah lagi ruang kosong bagi peneraju wanita utama.

Sehubungan dengan itu, Tara akan digandingkan bersama aktor Aditya Roy Kapur sementara Disha pula di samping aktor John Abraham untuk melengkapkan empat peneraju utama filem tersebut.

Seperti yang dilaporkan Pinkvilla, memandangkan Tara mempunyai latar belakang dan pengalaman sebagai penyanyi opera, maka untuk filem sekuel itu, dia telah diberikan watak seorang penyanyi.

"Sukar untuk mendapatkan nuansa seorang pemuzik tetapi saya bertuah kerana Tara sudah lama berlatih. Suara lunak yang hadir daripada seorang aktres muda. Itu yang saya perlukan untuk watak dalam filem ini.

"Memandangkan keempat-empat pelakon telah ditetapkan, kami akan teruskan dengan sesi suai kenal sebelum membuat tinjauan lokasi penggambaran.

"Kami jangka sesi penggambaran akan dijalankan pada pertengahan tahun ini," ujar pengarah Mohit Suri yang merancang untuk menghasilkan alam sinematik anti-hero dari francais "Ek Villain".

Filem pertama iaitu "Ek Villain" (2014) yang dibintangi oleh Riteish Deshmukh, Sidharth Malhotra dan Shraddha Kapoor telah berjaya menerima sambutan memberansangkan selepas ia dirilis.

Tara yang membuat debut di layar perak menerusi "Student of the Year 2" turut mempunyai sebuah lagi projek filem aksi romantik baru berjudul "Tadap" arahan Milan Luthria.

(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: Hello Magazine)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!