CLOSE
CLOSE AD

Vicky Kaushal sanggup keluar duit sendiri untuk berlakon

  • 02 Apr 2020
Vicky-Kaushal-sanggup-keluar-duit-sendiri-untuk-berlakon

Untuk mencipta nama besar di persada filem Bollywood sememangnya bukan suatu perkara yang mudah, begitulah yang dihadapi oleh aktor Vicky Kaushal sebelum bergelar bintang filem.

"Saya cuma mahu bekerja dan berlakon tetapi selepas uji bakat, mereka menolak selepas bertanyakan tentang bajet saya. Saya fikir mungkin sebab itu saya ditolak jadi sejak itu saya mula bertanyakan bajet mereka.

"Namun saya masih ditolak sehinggakan saya cakap yang saya sanggup bekerja tanpa dibayar tetapi jawapan mereka masih sama. Akhirnya saya terpaksa cakap yang saya akan bayar mereka jika diberi kerja," dedahnya menerusi Hindustan Times.

Buat pengetahuan lanjut, Vicky mula menceburi bidang perfileman sebagai penolong pengarah kepada Anurag Kashyap bagi filem jenayah "Gangs of Wasseypur" yang ditayangkan pada 2012.

Selepas membintangi beberapa filem, namanya mula dikenali apabila menerajui filem komedi romantik "Love per Square Foot" terbitan Ronnie Screwvala dan "Lust Stories" arahan Karan Johar yang ditayangkan di Netflix.

Penglibatannya dalam filem "Uri: The Surgical Strike" pula membawa tuah apabila Vicky dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik Anugerah Filem Nasional 2019 dan tercalon dalam kategori sama untuk Anugerah Filmfare 2020.

Dalam perkembangan baru, Vicky dipilih untuk menerajui filem biopik "Sardar Udham Singh" arahan Shoojit Sircar yang kini dalam proses pos-produksi. Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober 2020.

Selain itu, Vicky juga bakal digandingkan bersama barisan pelakon hebat seperti Ranveer Singh, Janhvi Kapoor, Kareena Kapoor, Alia Bhatt, Bhumi Pednekar dan Anil Kapoor bagi membintangi filem sejarah "Takht".

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Vicky Kaushal Instagram)



Suggested Articles

Shah-Rukh-Khan-Dedah-Pernah-Cuba-Beli-Anugerah-Aktor-Terbaik-Filmfare Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Shah Rukh Khan Dedah Pernah Cuba Beli Anugerah Aktor Terbaik Filmfare

Aktor itu pernah menawarkan wang rasuah bagi merangkul trofi anugerah tersebut.

Anurag-Kashyap-Tubuhkan-Syarikat-Produksi-Good-Bad-Films Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Anurag Kashyap Tubuhkan Syarikat Produksi Good Bad Films

Ini merupakan syarikat produksi ketiga yang ditubuhkan oleh pengarah filem tersebut.

Dipika-Kakar-Terima-Tawaran-Terajui-Siri-TV-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Dipika Kakar Terima Tawaran Terajui Siri TV "Naagin 5"?

Spekulasi mengatakan penerbit Ekta Kapoor sudah lama ingin bekerjasama dengan aktres itu.

Bintang-TikTok-Heena-Mirip-Karisma-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Bintang TikTok Heena Mirip Karisma Kapoor

Para peminat terkejut dan keliru melihat persamaan yang ada pada kedua-dua wanita itu.

Lara-Dutta-Tak-Selesa-Dibandingkan-Dengan-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Lara Dutta Tak Selesa Dibandingkan Dengan Priyanka Chopra

Aktres itu sering menerima kritikan ramai kerana tidak menerima tawaran filem Hollywood.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.