CLOSE
CLOSE AD

Kerajaan Arah Semua Panggung Wayang di Delhi Ditutup Sehingga 31 Mac

  • 13 Mar 2020
Kerajaan-Arah-Semua-Panggung-Wayang-di-Delhi-Ditutup-Sehingga-31-Mac

Kerajaan India telah mengarahkan supaya semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Kenyataan itu telah dikeluarkan oleh Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal yang menggesa supaya orang awam mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penyebaran wabak tersebut.

"Semua panggung wayang di Delhi akan ditutup sehingga 31 Mac. Sekolah-sekolah dan kolej-kolej yang tiada peperiksaan berlangsung juga akan ditutup," ujarnya yang dipetik dari India TV News.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Carnival Cinemas Mohan Umrotkar berkata, pihak mereka mengambil berat tentang perkara itu dan menyokong langkah pencegahan wabak COVID-19.

"Semua kakitangan cawangan Carnival Cinemas di India telah diberi taklimat bagaimana untuk mengendalikan situasi itu jika berlaku kecemasan," tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, filem-filem besar Bollywood seperti "Angrezi Medium" dan "Sooryavanshi" yang bakal ditayangkan bulan ini juga terpaksa ditunda ke tarikh yang baru.

Seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar kes yang dicatatkan di India sudah mencecah sebanyak 73 kes.

Baru-baru ini, WHO mengkategorikan penularan COVID-19 sebagai pandemik, merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua.

(Sumber: India TV News)
(Sumber foto: Times of India)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.