CLOSE
CLOSE AD

Imtiaz Khan Disahkan Meninggal Dunia

  • 18 Mar 2020
Imtiaz-Khan-Disahkan-Meninggal-Dunia

Pengarah dan aktor veteran Imtiaz Khan dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 77 tahun di kediamannya di Mumbai pada Isnin.

Berita itu disahkan oleh isterinya yang juga seorang aktres, Krutika Desai. Imtiaz turut meninggalkan seorang anak perempuan, Ayesha Khan, aktres yang mengumumkan persaraannya dari industri seni dua tahun lalu.

"Semuanya berlaku dengan begitu pantas sehinggakan saya sendiri bingung dengan perasaan saya. Imtiaz ada mengadu dia berasa sesak nafas dan doktor kami datang untuk melawat dia.

"Doktor telah memberikan beberapa ubat dan selepas itu, dia mengadu sakit di bahagian bahu pula. Doktor kemudiannya memberikan dia satu suntikan.

"Ketika saya kembali ke bilik selepas menghantar doktor pulang, Imtiaz memandang saya dan memberitahu dia akan pergi. Dia pergi dengan tenang," ujar Krutika yang dipetik dari Times of India.

Untuk rekod, Imtiaz merupakan adik kepada aktor Amjad Khan yang meninggal dunia pada 1992. Mereka juga merupakan anak kepada aktor Jayant Khan yang meninggal dunia pada 1975.

Imtiaz sering menjayakan watak-watak antagonis menerusi filem-filem 80-an. Antara filem yang dibintanginya ialah "Zakhmi", "Gang", "Yaadon Ki Baaraat", "Dharmatma", "Pyaara Dost" dan "Noor Jahan".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: The Indian Express)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!