CLOSE
CLOSE AD

Rhea Chakraborty Kongsi Video Kecergasan Ketika Tempoh Kuarantin

  • 20 Mar 2020
Rhea-Chakraborty-Kongsi-Video-Kecergasan-Ketika-Tempoh-Kuarantin

Aktres Rhea Chakraborty meluangkan tempoh kuarantinnya dengan berkongsi video-video senaman kecergasan sebagai bentuk motivasi kepada orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat di rumah.

"Apabila saya mula bersenam di rumah, saya menyedari ia perlu dilakukan dengan kerap, jika tak badan kita akan menjadi malas. Kini, saya ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama motivasikan diri untuk bersenam.

"Selain itu, saya turut meluangkan masa untuk membaca, termasuk puisi setelah sekian lama tidak melakukannya.

"Dahulu saya selalu melakukan semua ini, tetapi lama-kelamaan semakin jarang kerana sibuk dengan penggambaran filem dan mesyuarat," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Antara regimen senaman yang dilakukannya ialah kardio, latihan berat badan, yoga dan meditasi. Bintang filem "Half Girlfriend" itu turut mengingatkan supaya menggunakan masa ini untuk meluangkan bersama keluarga.

Beralih ke perkembangan kariernya, Rhea bakal membintangi filem thriller misteri "Chehre" arahan Rumi Jaffery. Filem itu menampilkan bintang veteran Amitabh Bachchan dan Emraan Hashmi sebagai peneraju utama.

Diterbitkan oleh Anand Pandit, "Chehre" bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Rhea Chakraborty Instagram)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!