CLOSE
CLOSE AD

Rakul Preet Singh akui penggambaran iklan barunya mencabar

  • 23 Mar 2020
  • Tags:
Rakul-Preet-Singh-akui-penggambaran-iklan-barunya-mencabar

Rakul Preet Singh mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan situasi pandemik.

DAktres Rakul Preet Singh dilaporkan telah memberi sepenuh komitmen untuk kerjanya yang terakhir sebelum industri hiburan India ditutup dan ditangguhkan sehingga keadaan pandemik COVID-19 terkawal.

Seperti yang dimaklumkan oleh Mumbai Mirror, baru-baru ini Rakul terlibat dengan penggambaran bagi sebuah iklan yang tidak dapat ditangguhkan pada saat akhir.

"Perjalanan pulang kami ibarat berada di medan perang. Kami memastikan doktor sentiasa ada di set penggambaran dan mengurangkan bilangan kru.

"Ia merupakan penggambaran paling sukar bagi saya memandangkan semua paranoid terhadap pandemik ini. Tiada siapa yang dibenarkan menaiki van saya kecuali rombongan produksi," ujarnya.

Dalam pada itu, Rakul sempat memuat naik gambar swafoto bersama kumpulan produksinya berserta nasihat yang mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan keadaan semasa.

Menurut Rakul lagi, penggambaran filem terbarunya bersama Ajay Devgn dan Sidharth Malhotra berjudul "Thank God" juga terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

"Saya sepatutnya terlibat dengan penggambaran setiap hari pada ketika ini. Pada 10 April, saya akan mulakan produksi "Thank God" tetapi sekarang saya tidak tahu apa yang bakal jadi. Ini 'cuti' paling lama dalam hidup saya," tambahnya lagi.

Selain "Thank God", Rakul juga sepatutnya terlibat dengan sebuah projek yang belum diberi judul bersama Arjun Kapoor tetapi kini produksinya turut tergendala akibat pandemik tersebut.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Rakul Preet Singh Instagram)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!