CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan gantung syarikat produksi SKF akibat COVID-19

  • 02 Apr 2020
Salman-Khan-gantung-syarikat-produksi-SKF-akibat-COVID-19

Bintang ternama Salman Khan mengumumkan segala produksi di bawah syarikat produksinya Salman Khan Films (SKF) terpaksa digantung buat sementara waktu akibat pandemik COVID-19.

Ia berikutan Perdana Menteri India Narendra Modi mengisytiharkan perintah berkurung selama 21 hari bermula 25 Mac sebagai langkah pencegahan penularan wabak maut tersebut.

"Dalam keadaan yang menguji akibat pandemik Coronavirus ini, kami akan terus menggantung operasi syarikat produksi kami susulan perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan India selama 21 hari.

"Tolong duduk di rumah dan jaga keselamatan anda," tulisnya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Instagram Salman Khan Films.

Tahun lalu, produksi SKF telah menerbitkan filem aksi sekuel iaitu "Dabangg 3" arahan Prabhu Deva yang diterajui Salman, Sudeep, Sonakshi Sinha, Saiee Majrekar dan ramai lagi.

Terbaru, SKF bakal tampil dengan sebuah lagi filem baru berjudul "Radhe: Your Most Wanted Bhai" juga arahan Prabhu Deva, yang kini dalam proses produksi. Ia dijangka akan menemui penonton pada 22 Mei ini.

Susulan perintah berkurung itu, Salman dilihat meluangkan masa dengan menunjukkan bakat melukisnya menerusi laman sosial. Di kesempatan itu, dia turut menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan dan kekal duduk di rumah.

(Sumber foto: Box Office Worldwide)



Suggested Articles

Deepika-Padukone-Pernah-Tolak-Filem-Debut-Bersama-Salman-Khan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Deepika Padukone Pernah Tolak Filem Debut Bersama Salman Khan

Aktres itu mendedahkan pada ketika itu dia masih belum bersedia untuk berlakon.

Selebriti-selebriti-Bollywood-Yang-Enggan-Lakonkan-Babak-Bercium Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Selebriti-selebriti Bollywood Yang Enggan Lakonkan Babak Bercium

Jom lihat mengapa selebriti-selebriti terkenal ini enggan melakonkan adegan tersebut.

Taapsee-Pannu-Bakal-Bintangi-Biopik-Sukan-Karnam-Malleswari Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Taapsee Pannu Bakal Bintangi Biopik Sukan Karnam Malleswari?

Aktres itu dilaporkan telah ditawar untuk membawa watak atlet angkat berat tersebut.

Priyanka-Chopra-Dan-Disha-Patani-Dituduh-Hipokrit-Oleh-Warga-Twitter Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Priyanka Chopra Dan Disha Patani Dituduh Hipokrit Oleh Warga Twitter

Ia berkait dengan isu perkauman yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.

10-Fakta-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

10 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Priyanka Chopra

Jom kenali lebih lanjut mengenai selebriti Bollywood dan Hollywood versatil ini!