CLOSE
CLOSE AD

Amitabh Bachchan kongsi info cegah COVID-19

  • 02 Apr 2020
Amitabh-Bachchan-kongsi-info-cegah-COVID-19

Susulan kerajaan melaksanakan Perintah Berkurung selama 21 hari, bintang veteran mengambil kesempatan untuk berkongsikan butiran mengenai virus COVID-19 dan langkah-langkah pencegahannya.

"Tahukah anda bahawa saintis China mendapati Coronavirus mampu hidup dalam bahan kumuh manusia selama beberapa minggu walaupun pesakit itu telah sembuh.

"Saya ingin menyeru kepada anda semua untuk sama-sama dalam membanteras penularan Coronavirus dengan mengamalkan tiga langkah ini.

"Pertamanya, jangan biarkan tandas anda terbuka selepas menggunakannya, kedua amalkan penjarakkan sosial dan ketiga basuh tangan anda sebanyak mungkin selama 20 saat," ujarnya yang dipetik menerusi Times of India.

Video yang berdurasi lebih dua minit itu dikongsikan menerusi laman Twitter Bachchan dan menerima maklum balas positif dalam kalangan para peminat.

Dalam pada itu, Bachchan juga dilihat masih mengekalkan gaya hidup sihat sepanjang tempoh kuarantin dan meluangkan masa untuk bersenam di gim peribadinya.

Sehubungan dengan itu, aktor berusia 77 tahun berkenaan turut menasihati orang ramai supaya kekal berada di rumah untuk mengelakkan jangkitan Coronavirus yang semakin meningkat.

Tahun 2020 merupakan tahun yang agak sibuk bagi Bachchan memandangkan dia terlibat dengan tujuh buah projek filem seperti "Brahmastra", "Chehre" dan "AB Aani CD".

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: East Coast Daily)



Suggested Articles

Deepika-Padukone-Pernah-Tolak-Filem-Debut-Bersama-Salman-Khan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Deepika Padukone Pernah Tolak Filem Debut Bersama Salman Khan

Aktres itu mendedahkan pada ketika itu dia masih belum bersedia untuk berlakon.

Selebriti-selebriti-Bollywood-Yang-Enggan-Lakonkan-Babak-Bercium Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Selebriti-selebriti Bollywood Yang Enggan Lakonkan Babak Bercium

Jom lihat mengapa selebriti-selebriti terkenal ini enggan melakonkan adegan tersebut.

Tahira-Kashyap-Akui-Masih-Belum-Bersedia-Untuk-Mengarah-Ayushmann-Khurrana Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Tahira Kashyap Akui Masih Belum Bersedia Untuk Mengarah Ayushmann Khurrana

Pengarah itu merasakan suaminya adalah seorang aktor senior dan versatil.

Ameesha-Patel-Bukan-Pilihan-Utama-Untuk-Bintangi-Kaho-Naa-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Ameesha Patel Bukan Pilihan Utama Untuk Bintangi "Kaho Naa... Pyaar Hai"

Filem klasik itu dijayakan oleh Ameesha bersama aktor terkenal Hrithik Roshan.

Taapsee-Pannu-Bakal-Bintangi-Biopik-Sukan-Karnam-Malleswari Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Taapsee Pannu Bakal Bintangi Biopik Sukan Karnam Malleswari?

Aktres itu dilaporkan telah ditawar untuk membawa watak atlet angkat berat tersebut.

Priyanka-Chopra-Dan-Disha-Patani-Dituduh-Hipokrit-Oleh-Warga-Twitter Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Jun 2020

Priyanka Chopra Dan Disha Patani Dituduh Hipokrit Oleh Warga Twitter

Ia berkait dengan isu perkauman yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.