CLOSE
CLOSE AD

Neeraj Pandey mungkin akan realisasikan filem "Crack"

  • 02 Apr 2020
Neeraj-Pandey-mungkin-akan-realisasikan-filem-Crack

Empat tahun lalu, pembikin filem Neeraj Pandey telah mengumumkan pembikinan filem thriller psikologikal berjudul "Crack" yang akan diterajui bintang versatil Akshay Kumar.

Sekian lama projek itu dibiarkan tergendala, kini Neeraj memberitahu dia mungkin akan merealisasikannya semula jika mempunyai idea baru untuk memperbaiki jalan cerita tersebut.

"Ia telah dibiarkan tergendala tanpa sebarang rancangan untuk menghidupkannya. Ketika itu, saya agak tidak berpuas hati dengan skrip filem.

"Namun jika saya berjaya mendapat sesuatu yang baru pada masa akan datang, mungkin saya akan hidupkannya semula," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Sebelumnya, Neeraj pernah menjayakan dua filem aksi polis bersama Akshay iaitu "Special 26" (2013) dan "Baby" (2015), serta meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan aktor itu semula. "Buat masa ini masih belum ada peluang lagi. Saya sedang membikin filem "Chanakya" bersama Ajay Devgn dan Akshay juga sedang terlibat dengan filem lain. Ia tanggungjawab besar bagi kami berdua," tambahnya lagi.

Bercakap mengenai filem "Baby", Neeraj memberitahu jika ada peluang dia teringin untuk menubuhkan francais filem tersebut seperti mana penerbit dan pengarah Rohit Shetty lakukan dengan "Sooryavanshi".

Walau bagaimanapun, perancangan tersebut bukanlah dalam masa yang terdekat memandangkan dia perlu memikirkan cara untuk mengembangkan francais itu dengan baik dan tidak mahu terburu-buru.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Social News XYZ)



Suggested Articles

Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

Sunny Leone terkenal dengan filem-filem bergenre dewasa yang dibintanginya.

Kartik-Aaryan-Atau-Ranveer-Singh-Yang-Akan-Terajui-Remake-Ala-Vaikunthapurramuloo Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kartik Aaryan Atau Ranveer Singh Yang Akan Terajui 'Remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Pembikin filem ini masih belum membuat keputusan mereka.

Karan-Johar-Ingin-Jemput-Vicky-Kaushal-Dan-Katrina-Kaif-Dalam-Koffee-With-Karan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Karan Johar Ingin Jemput Vicky Kaushal Dan Katrina Kaif Dalam Koffee With Karan

Mereka akan tampil dalam musim baru program bual bicara tersebut.

Kiara-Advani-Kembali-Kongsi-Skrin-Dengan-Mahesh-Babu-Dalam-Sarkaru-Vaari-Paata Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kiara Advani Kembali Kongsi Skrin Dengan Mahesh Babu Dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Pembikin filem merasakan Kiara aktres paling sesuai untuk filem itu.

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.