CLOSE
CLOSE AD

Tayangan Filem Varun Dhawan "Coolie No. 1" Ditunda Juga?

  • 08 Apr 2020
Tayangan-Filem-Varun-Dhawan-Coolie-No-1-Ditunda-Juga

Pandemik Coronavirus dan Perintah Berkurung yang dilaksanakan di India telah menjejaskan industri perfileman selama lebih dua bulan ini sehingga semua produksi digantung sementara waktu.

Terbaru, filem lakonan Varun Dhawan bersama Sara Ali Khan iaitu "Coolie No. 1" yang dijadualkan untuk rilis pada 1 Mei depan juga dilaporkan terpaksa ditunda ke tarikh baru yang belum ditetapkan.

"Keputusan hanya akan dibuat selepas keadaan kembali seperti biasa tetapi apa yang pasti filem ini tidak dapat ditayangkan pada 1 Mei. Mungkin Jun, Julai atau lebih dari itu, bergantung pada keadaaan.

"Semua penerbit filem-filem besar akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tarikh-tarikh tayangan untuk separuh kedua tahun ini," dedah satu sumber menerusi Mumbai Mirror.

Seperti sedia maklum, filem "Coolie No. 1" merupakan sebuah 'remake' kepada filem tahun 1995 yang sama judulnya, namun jalan cerita diubah bagi menampilkan kelainan yang baru.

Diarahkan oleh bapa Varun iaitu David Dhawan, filem "Coolie No. 1" turut menampilkan aktor lain seperti Paresh Rawal, Javed Jaffrey, Rajpal Yadav, Johnny Lever dan Sahil Vaid.

Dalam pada itu, Varun turut terlibat dengan acara karpet merah Disney+Hotstar "The Lion King" yang dilakukan secara virtual. Menerusi acara itu, peminat bertuah akan berpeluang untuk menonton filem tersebut bersama selebriti pilihan mereka.

Antara selebriti Bollywood yang turut serta ialah Hrithik Roshan, Katrina Kaif, Tiger Shroff, Sonam Kapoor, Shraddha Kapoor, Parineeti Chopra dan ramai lagi.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: The Juice Magazine)



Suggested Articles

Lara-Dutta-Tak-Selesa-Dibandingkan-Dengan-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Lara Dutta Tak Selesa Dibandingkan Dengan Priyanka Chopra

Aktres itu sering menerima kritikan ramai kerana tidak menerima tawaran filem Hollywood.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.

Set-Filem-Biopik-Ajay-Devgn-Maidaan-Telah-Dirobohkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Set Filem Biopik Ajay Devgn "Maidaan" Telah Dirobohkan

Pihak produksi membuat keputusan itu kerana ia tidak dapat digunakan akibat musim tengkujuh.

Akshay-Kumar-Ingin-Ambil-Tindakan-Terhadap-Media-Yang-Laporkan-Berita-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Akshay Kumar Ingin Ambil Tindakan Terhadap Media Yang Laporkan Berita Palsu

Akshay sering terpalit dengan pelbagai berita palsu sejak akhir-akhir ini.

Pembikin-Filem-India-Selatan-Yang-Mencipta-Nama-Di-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Pembikin Filem India Selatan Yang Mencipta Nama Di Bollywood

Jom lihat senarai pembikin filem India Selatan yang menghasilkan filem Hindi berkualiti!

Komposer-Muzik-Wajid-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-42-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Komposer Muzik Wajid Khan Meninggal Dunia Pada Usia 42 Tahun

Difahamkan Wajid menderita penyakit buah pinggang dan dijangkiti COVID-19.