CLOSE
CLOSE AD

Avneet Kaur Teruja Hiburkan Peminat di Aplikasi Kwai

  • 10 Apr 2020
Avneet-Kaur-Teruja-Hiburkan-Peminat-di-Aplikasi-Kwai

Aktres Avneet Kaur meluahkan keterujaannya untuk membuat kemunculan pertama menerusi sebuah aplikasi cipta video terkenal Kwai mengenai perayaan Baisakhi.

Menerusi aplikasi itu, Avneet yang sememangnya terkenal sebagai penari akan membuat persembahan tarian di samping menjawab soalan para peminat secara langsung.

"Saya sangat teruja kerana berpeluang untuk melancarkan penampilan saya di Kwai berserta sebuah persembahan istimewa secara langsung pada 9 April.

"Selain itu, saya juga tidak sabar untuk berhubung dan berinteraksi dengan 10 juta pengguna Kwai," katanya yang dipetik dari Times of India.

Dalam pada itu, jurucakap aplikasi Kwai memberitahu pihak mereka bersikap terbuka serta sangat mengalu-alukan aktres filem "Mardaani" itu di aplikasi tersebut.

"Avneet adalah seorang selebriti yang sangat berbakat dan disukai jutaan peminatnya dan kami menerima kehadirannya di Kwai dengan senang hati.

"Kami juga gembira kerana mampu menyediakan sebuah platform di Kwai yang membolehkan lebih ramai peminat untuk berinteraksi dengan selebriti kesayangan mereka setiap hari," katanya.

Kali terakhir Avneet dilihat berlakon di layar perak adalah menerusi filem aksi thriller "Mardaani 2" terbitan Aditya Chopra yang ditayangkan pada Disember 2019.

Sepanjang tempoh Perintah Berkurung di India, Avneet dilihat aktif melayan para peminatnya di laman sosial terutamanya di Instagram.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Avneet Kaur Instagram)



Suggested Articles

Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

Sunny Leone terkenal dengan filem-filem bergenre dewasa yang dibintanginya.

Kartik-Aaryan-Atau-Ranveer-Singh-Yang-Akan-Terajui-Remake-Ala-Vaikunthapurramuloo Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kartik Aaryan Atau Ranveer Singh Yang Akan Terajui 'Remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Pembikin filem ini masih belum membuat keputusan mereka.

Karan-Johar-Ingin-Jemput-Vicky-Kaushal-Dan-Katrina-Kaif-Dalam-Koffee-With-Karan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Karan Johar Ingin Jemput Vicky Kaushal Dan Katrina Kaif Dalam Koffee With Karan

Mereka akan tampil dalam musim baru program bual bicara tersebut.

Kiara-Advani-Kembali-Kongsi-Skrin-Dengan-Mahesh-Babu-Dalam-Sarkaru-Vaari-Paata Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kiara Advani Kembali Kongsi Skrin Dengan Mahesh Babu Dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Pembikin filem merasakan Kiara aktres paling sesuai untuk filem itu.

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.