CLOSE
CLOSE AD

Ajay Devgn Botakkan Kepala Untuk "Chanakya"

  • 29 Apr 2020
Ajay-Devgn-Botakkan-Kepala-Untuk-Chanakya

Selepas mengumumkan filem terbarunya "Chanakya" dua tahun lalu, aktor Ajay Devgn mendedahkan dia bakal mengubah penampilannya bagi menjayakan watak dalam filem tersebut.

Filem bertemakan sosio-politik itu akan mengisahkan kehidupan berdasarkan pemahaman dan pembelajaran oleh tokoh politik, falsafah, ekonomi, guru dan penasihat diraja, Chanakya, yang terkenal pada kurun kedua dan ketiga sebelum masihi.

Susulan perlu membawa watak penasihat Maharaja Mauryan itu, Ajay bercadang dan bersedia untuk membotakkan kepalanya dengan persetujuan daripada pihak produksi.

"Ia mudah sahaja, filem kami adalah sebuah filem sejarah dan Ajay perlu menjalankan tanggungjawabnya untuk watak itu. Buat masa ini filem ini masih dalam fasa pra-produksi ketika pandemik Coronavirus mula melanda India.

"Saya telah menghasilkan skrip ini selama dua tahun. Pihak produksi kami sedang bekerja dari rumah dan cuba melakukan yang terbaik," ujar pengarah Neeraj Pandey menerusi laporan Mumbai Mirror.

Dalam pada itu, Neeraj turut memberitahu pihak produksi Reliance Entertainment merancang untuk memulakan penggambaran filem tersebut pada Disember ini jika situasi pandemik sudah terkawal.

"Kita akan lihat nanti seawal mana yang kami boleh mulakan produksi ini. Buat masa sekarang, situasi tidak boleh dijangka. Kami cuma ingin membendung krisis ini," tambahnya lagi.

Berbalik kepada Ajay, jadual kerja aktor itu dilihat padat sehingga tahun hadapan memandangkan dia terlibat dengan beberapa projek filem seperti "Maidaan", "Sooryavanshi", "Roudram Ranam Rudhiram", 'remake' filem "Kaithi", "Thank God" dan "Trubhanga".

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Wallpaper.com)



Suggested Articles

Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

Sunny Leone terkenal dengan filem-filem bergenre dewasa yang dibintanginya.

Kartik-Aaryan-Atau-Ranveer-Singh-Yang-Akan-Terajui-Remake-Ala-Vaikunthapurramuloo Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kartik Aaryan Atau Ranveer Singh Yang Akan Terajui 'Remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Pembikin filem ini masih belum membuat keputusan mereka.

Karan-Johar-Ingin-Jemput-Vicky-Kaushal-Dan-Katrina-Kaif-Dalam-Koffee-With-Karan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Karan Johar Ingin Jemput Vicky Kaushal Dan Katrina Kaif Dalam Koffee With Karan

Mereka akan tampil dalam musim baru program bual bicara tersebut.

Kiara-Advani-Kembali-Kongsi-Skrin-Dengan-Mahesh-Babu-Dalam-Sarkaru-Vaari-Paata Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kiara Advani Kembali Kongsi Skrin Dengan Mahesh Babu Dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Pembikin filem merasakan Kiara aktres paling sesuai untuk filem itu.

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.