CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan Rilis Lagu Coronavirus berjudul "Pyaar Karona"

  • 21 Apr 2020
Salman-Khan-Rilis-Lagu-Coronavirus-berjudul-Pyaar-Karona

Perintah Berkurung yang dilaksanakan di India bagi membendung COVID-19 membangkitkan idea kreatif bintang terkenal Salman Khan untuk melancarkan lagu terbarunya berjudul "Pyaar Karona".

Pelancaran lagu itu disusuli dengan sebuah video muzik berdurasi lebih empat minit yang dimuat naik oleh Salman menerusi saluran YouTube rasmi miliknya baru-baru ini.

Menurut laporan dari Hindustan Times, Salman telah merakamkan lagu itu dengan hanya menggunakan telefon pintarnya ketika berada di rumah ladangnya di Panvel dan kemudiannya diterbitkan di Mumbai.

"Sudah lama lagu ini tersimpan dalam fikiran saya. Perkataan karona itu sangat bersesuaian dengan lagu ini.

"Jadi kami bercadang untuk menyanyikannya dan dalam masa lima minit, liriknya siap ditulis. Liriknya menyatakan apa yang ingin saya sampaikan kepada dunia," katanya.

Secara ringkasnya, Salman ingin menyebarkan kesedaran mengenai pandemik Coronavirus kepada orang ramai menerusi lagu tersebut. Liriknya ditulis bersama Hussain Dalal dan digubah oleh Sajid Wajid.

Sehingga kini, video muzik lagu "Pyaar Karona" berjaya menerima sambutan baik para peminat apabila ia telah mencecah lebih sejuta tontonan dan menerima lebih 200 ribu tanda suka di YouTube.

Selain lagu "Pyaar Karona", baru-baru ini juga Salman telah memuat naik sebuah video di laman Instagram untuk menasihatkan orang ramai supaya mematuhi perintah kerajaan dan berhenti menyebarkan berita palsu.

Beralih ke perkembangan lakonan, Salman akan tampil dengan filem terbaru terbitan dan lakonannya berjudul "Radhe: Your Most Wanted Bhai" tidak lama lagi.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Salman Khan Instagram)



Suggested Articles

Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

Sunny Leone terkenal dengan filem-filem bergenre dewasa yang dibintanginya.

Kartik-Aaryan-Atau-Ranveer-Singh-Yang-Akan-Terajui-Remake-Ala-Vaikunthapurramuloo Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kartik Aaryan Atau Ranveer Singh Yang Akan Terajui 'Remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Pembikin filem ini masih belum membuat keputusan mereka.

Karan-Johar-Ingin-Jemput-Vicky-Kaushal-Dan-Katrina-Kaif-Dalam-Koffee-With-Karan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Karan Johar Ingin Jemput Vicky Kaushal Dan Katrina Kaif Dalam Koffee With Karan

Mereka akan tampil dalam musim baru program bual bicara tersebut.

Kiara-Advani-Kembali-Kongsi-Skrin-Dengan-Mahesh-Babu-Dalam-Sarkaru-Vaari-Paata Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kiara Advani Kembali Kongsi Skrin Dengan Mahesh Babu Dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Pembikin filem merasakan Kiara aktres paling sesuai untuk filem itu.

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.