CLOSE
CLOSE AD

Lady Gaga Bersorak Untuk Shah Rukh Khan Dalam Konsert "One World: Together At Home"

  • 21 Apr 2020
Lady-Gaga-Bersorak-Untuk-Shah-Rukh-Khan-Dalam-Konsert-One-World-Together-At-Home

Bintang terkenal Shah Rukh Khan adalah salah seorang selebriti ternama yang menyertai penyanyi pop Hollywood Lady Gaga dalam menjayakan konsert One World: Together At Home yang berlangsung baru-baru ini.

Konsert anjuran Global Citizen dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu bertujuan untuk menyebarkan kesedaran terhadap wabak COVID-19 serta menyeru orang ramai untuk menderma ke tabung bantuan COVID-19.

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram Story Lady Gaga, penyanyi itu dilihat bersorak apabila kelibat Shah Rukh Khan tampil di kaca televisyen untuk berkongsi mesej penting tentang wabak tersebut.

Video yang hanya berdurasi tiga saat itu mula tular di laman sosial dan menerima pelbagai reaksi dan maklum balas positif daripada para peminat yang menyokong kedua-dua selebriti tersebut.

"Lady Gaga bersorak sebaik sahaja Shah Rukh Khan tampil di kaca TV bersama sebuah mesej penting, ianya menunjukkan bagaimana perasaan kami semua apabila melihat dia," seperti yang tertulis di Twitter SRK Universe Fan Club.

Selain Shah Rukh Khan, konsert itu turut disertai seorang lagi bintang Bollywood yang semakin mencipta nama di persada Hollywood iaitu Priyanka Chopra Jonas.

Antara nama-nama besar Hollywood yang menyertai konsert itu ialah Taylor Swift, Billie Eilish, Jennifer Hudson, John Legend, Charlie Puth, Rita Ora, Ellie Goulding dan kumpulan Rolling Stones.

Menurut Gaga di laman Twitter, kutipan derma yang terkumpul telah mencecah sebanyak USD127.9 juta (kira-kira RM560 juta). Gaga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan konsert tersebut.

"Saya menyayangi semua artis yang terlibat dengan #TogetherAtHome dan semua yang menonton ataupun tidak. Kita semua bermakna. Saya teruja dapat terlibat dengan projek ini. Terima kasih Global Citizen dan WHO," tulisnya.

(Sumber: SRK Universe Fan Club, Lady Gaga Twitter)
(Sumber foto: Shah Rukh Khan & Lady Gaga Instagram)



Suggested Articles

Shah-Rukh-Khan-Dedah-Pernah-Cuba-Beli-Anugerah-Aktor-Terbaik-Filmfare Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Shah Rukh Khan Dedah Pernah Cuba Beli Anugerah Aktor Terbaik Filmfare

Aktor itu pernah menawarkan wang rasuah bagi merangkul trofi anugerah tersebut.

Anurag-Kashyap-Tubuhkan-Syarikat-Produksi-Good-Bad-Films Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Anurag Kashyap Tubuhkan Syarikat Produksi Good Bad Films

Ini merupakan syarikat produksi ketiga yang ditubuhkan oleh pengarah filem tersebut.

Dipika-Kakar-Terima-Tawaran-Terajui-Siri-TV-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Dipika Kakar Terima Tawaran Terajui Siri TV "Naagin 5"?

Spekulasi mengatakan penerbit Ekta Kapoor sudah lama ingin bekerjasama dengan aktres itu.

Bintang-TikTok-Heena-Mirip-Karisma-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Bintang TikTok Heena Mirip Karisma Kapoor

Para peminat terkejut dan keliru melihat persamaan yang ada pada kedua-dua wanita itu.

Lara-Dutta-Tak-Selesa-Dibandingkan-Dengan-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Lara Dutta Tak Selesa Dibandingkan Dengan Priyanka Chopra

Aktres itu sering menerima kritikan ramai kerana tidak menerima tawaran filem Hollywood.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.