CLOSE
CLOSE AD

Foto Aamir Khan Disalah Guna Sebagai Pembunuh di Pakistan

  • 21 Apr 2020
Foto-Aamir-Khan-Disalah-Guna-Sebagai-Pembunuh-di-Pakistan

Kesilapan memaparkan foto bintang Bollywood terkenal Aamir Khan berhubung satu kes tuduhan membunuh bekas setiausaha agung Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) Amir Khan, menyebabkan sebuah saluran berita Pakistan dikecam warganet.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, pihak produksi lantas menukar foto itu ke foto Amir Khan, namun wartawan Naila Inayat sempat membuat tangkapan layar dan memuat naik foto itu di laman Twitter miliknya.

"Tajuk utama: Selepas 17 tahun pemimpin MQM Amir Khan dibebaskan dari sebuah kes membunuh.

"Tidak tahu pula pelakon India Aamir Khan berada di Pakistan selama 17 tahun yang lalu," tulis Naila menerusi entri yang dimuat naik baru-baru ini.

Menurut laporan dari Zoom TV Entertainment, foto yang tular itu telah membangkitkan pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata mengecam kesilapan pihak produksi kerana tidak peka.

Malah terdapat warganet yang mengeluarkan pendapat bahawa mungkin selepas ini saluran berita tersebut akan tersilap papar foto Aamir sebagai Perdana Menteri Pakistan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak produksi saluran berita itu masih belum tampil memohon maaf dan Aamir Khan juga tidak memberi sebarang maklum balas mengenai isu kesilapan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Aamir kini sedang berehat dari penggambaran filem terbarunya "Laal Singh Chaddha" yang ditangguhkan gara-gara Perintah Berkurung untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Filem yang diterbitkan oleh Aamir bersama Kiran Rao itu merupakan sebuah adaptasi versi Hindi kepada filem Hollywood lakonan Tom Hanks yang ditayangkan pada 1994.

Diarahkan oleh Advait Chandhan, filem "Laal Singh Chaddha" dijangka akan dirilis di pawagam pada 25 Disember 2020.

(Sumber: Zoom TV Entertainment)
(Sumber foto: Bolly & Co, Naila Inayat Twitter)



Suggested Articles

Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

Sunny Leone terkenal dengan filem-filem bergenre dewasa yang dibintanginya.

Kartik-Aaryan-Atau-Ranveer-Singh-Yang-Akan-Terajui-Remake-Ala-Vaikunthapurramuloo Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kartik Aaryan Atau Ranveer Singh Yang Akan Terajui 'Remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Pembikin filem ini masih belum membuat keputusan mereka.

Karan-Johar-Ingin-Jemput-Vicky-Kaushal-Dan-Katrina-Kaif-Dalam-Koffee-With-Karan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Karan Johar Ingin Jemput Vicky Kaushal Dan Katrina Kaif Dalam Koffee With Karan

Mereka akan tampil dalam musim baru program bual bicara tersebut.

Kiara-Advani-Kembali-Kongsi-Skrin-Dengan-Mahesh-Babu-Dalam-Sarkaru-Vaari-Paata Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kiara Advani Kembali Kongsi Skrin Dengan Mahesh Babu Dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Pembikin filem merasakan Kiara aktres paling sesuai untuk filem itu.

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.