CLOSE
CLOSE AD

Penerbit Sahkan Pembikinan Sekuel Filem Ajay Devgn "Raid"

  • 29 Apr 2020
Penerbit-Sahkan-Pembikinan-Sekuel-Filem-Ajay-Devgn-Raid

Penerbit filem ternama Bhushan Kumar telah mengesahkan bahawa pihak produksinya akan membikin sekuel bagi filem thriller jenayah "Raid" yang diterajui aktor Ajay Devgn.

Selepas ditayangkan pada 2018, filem itu berjaya menerima maklum balas positif para penonton dan pengkritik filem serta meraih kutipan pecah panggung kira-kira RM87.3 juta secara global.

"Kejayaan filem "Raid" membuktikan kepada kami bahawa penonton mahukan kandungan filem yang berkualiti. Kami, Ajay dan saya, bersama Kumar Mangatji (penerbit), sedang berbincang untuk menghasilkan sebuah francais filem besar susulan "Raid".

"Sekuel filem ini juga kini berada dalam proses penulisan skrip. Kami sentiasa ingin berikan para penonton filem-filem yang mempunyai kandungan bagus.

"Ia adalah tanggungjawab kami untuk memenuhi jangkaan penonton dari kolaborasi ini, terutamanya selepas kejayaan "Tanhaji: The Unsung Warrior".

"Kami janjikan usaha keras kami untuk memastikan pembikinan sekuel "Raid" berjalan dengan lancar," ujar Bhushan dengan lanjut menerusi laporan yang dipetik dari Cinema Express.

Walau bagaimanapun, melihat situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Berkurung, proses penggambaran filem itu dijangka tidak akan bermula dalam masa terdekat.

Seperti filem sebelumnya, Ajay akan kembali menjayakan watak utama iaitu Amay Patnaik, yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Cukai Pendapatan IRS.

Filem "Raid" dibikin berdasarkan kisah benar serbuan cukai pendapatan yang dilakukan oleh pegawai Jabatan Cukai Pendapatan di bawah pimpinan seorang pegawai Perkhidmatan Hasil India yang berani dan tegas pada tahun 1980-an.

(Sumber: Cinema Express)
(Sumber foto: EBuzz Pinterest)



Suggested Articles

Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

Sunny Leone terkenal dengan filem-filem bergenre dewasa yang dibintanginya.

Kartik-Aaryan-Atau-Ranveer-Singh-Yang-Akan-Terajui-Remake-Ala-Vaikunthapurramuloo Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kartik Aaryan Atau Ranveer Singh Yang Akan Terajui 'Remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Pembikin filem ini masih belum membuat keputusan mereka.

Karan-Johar-Ingin-Jemput-Vicky-Kaushal-Dan-Katrina-Kaif-Dalam-Koffee-With-Karan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Karan Johar Ingin Jemput Vicky Kaushal Dan Katrina Kaif Dalam Koffee With Karan

Mereka akan tampil dalam musim baru program bual bicara tersebut.

Kiara-Advani-Kembali-Kongsi-Skrin-Dengan-Mahesh-Babu-Dalam-Sarkaru-Vaari-Paata Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kiara Advani Kembali Kongsi Skrin Dengan Mahesh Babu Dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Pembikin filem merasakan Kiara aktres paling sesuai untuk filem itu.

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.