CLOSE
CLOSE AD

Filem Ranveer Singh "'83" Masih Akan Ditayangkan Di Pawagam

  • 27 Apr 2020
Filem-Ranveer-Singh-83-Masih-Akan-Ditayangkan-Di-Pawagam

Pembikin filem sukan "'83" menafikan spekulasi yang menyatakan filem itu akan dirilis di portal penstriman video memandangkan tarikh tayangannya terpaksa ditunda akibat pandemik COVID-19.

Baru-baru ini, spekulasi yang tersebar itu menyatakan pihak produksi Reliance Entertainment telah menerima tawaran sebanyak Rs 143 crore (kira-kira RM81.7 juta) dari sebuah syarikat portal penstriman video terkenal.

"Semua ini tidak benar. Sebagai penerbit dan pengarah, kami semua bersetuju untuk menanti tayangan filem ini di pawagam untuk beberapa bulan lagi. Kami akan siapkan filem ini kemudian kami tunggu.

"Jika selama enam atau sembilan bulan situasi ini bertambah buruk, kami akan berbincang semula. Tidak perlu terburu-buru. Ramai yang berminat dengan projek ini tetapi kami tidak adakan perbincangan untuk ia dirilis di portal penstriman video.

"Kami akan menunggu dalam empat hingga enam bulan lagi sebelum membuat apa-apa keputusan selanjutnya," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Reliance Entertainment, Shibashish Sarkar, yang dipetik dari India Today.

Menurut Sarkar lagi, buat masa ini filem yang diterajui aktor terkenal Ranveer Singh dan Deepika Padukone itu masih berada dalam proses pos-produksi bagi menyiapkan kesan visual (VFX).

Selain Ranveer dan Deepika, filem arahan Kabir Khan itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Tahir Raj Bhasin, Saqib Saleem, Ammy Virk, Jiiva, Harrdy Sandhu, Sahil Khattar, Chirag Patil dan ramai lagi.

Pada asalnya, filem itu akan menemui penonton pada 10 April, namun seperti yang diberitahu pihak produksi, "'83" ditunda ke tarikh baru sehingga diumumkan kelak.

(Sumber: India Today)
(Sumber foto: Cinestaan)



Suggested Articles

Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

Sunny Leone terkenal dengan filem-filem bergenre dewasa yang dibintanginya.

Kartik-Aaryan-Atau-Ranveer-Singh-Yang-Akan-Terajui-Remake-Ala-Vaikunthapurramuloo Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kartik Aaryan Atau Ranveer Singh Yang Akan Terajui 'Remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Pembikin filem ini masih belum membuat keputusan mereka.

Karan-Johar-Ingin-Jemput-Vicky-Kaushal-Dan-Katrina-Kaif-Dalam-Koffee-With-Karan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Karan Johar Ingin Jemput Vicky Kaushal Dan Katrina Kaif Dalam Koffee With Karan

Mereka akan tampil dalam musim baru program bual bicara tersebut.

Kiara-Advani-Kembali-Kongsi-Skrin-Dengan-Mahesh-Babu-Dalam-Sarkaru-Vaari-Paata Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kiara Advani Kembali Kongsi Skrin Dengan Mahesh Babu Dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Pembikin filem merasakan Kiara aktres paling sesuai untuk filem itu.

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.