CLOSE
CLOSE AD

Rajkummar Rao Dan Kriti Sanon Digandingkan Dalam "Second Innings"

  • 28 Apr 2020
Rajkummar-Rao-Dan-Kriti-Sanon-Digandingkan-Dalam-Second-Innings

Aktor Rajkummar Rao disahkan untuk bergandingan dengan aktres Kriti Sanon buat kali ketiga menerusi filem komedi terbaru arahan Abhishek Jain yang diberi judul "Second Innings".

Menurut penerbit Dinesh Vijan, idea untuk menghasilkan filem itu datang dari kehidupan sebenar, namun ia tidak diinspirasikan oleh mana-mana kisah benar yang berlaku.

"Kami telah mengubah jalan cerita filem ini menjadi sebuah komedi dengan cara unik kami tersendiri," ujarnya Vijan yang dipetik dari Bollywood Life.

Sehubungan dengan itu, Rajkummar dan Kriti akan membawa watak pasangan yang mengambil pasangan tua untuk dijadikan bapa dan ibu angkat bagi melengkapkan keluarga mereka.

Tambah pengarah pula, mereka menetapkan jadual penggambaran pada Mac lalu. Walau bagaimanapun pandemik COVID-19 menyebabkan segala urusan produksi mereka tergendala dan penggambaran ditunda.

"Judulnya bersesuaian dengan jalan cerita. Sesi penggambaran sepatutnya bermula Mac lalu di Delhi tetapi ianya terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik," ujar Jain.

Selain Rajkummar dan Kriti, filem yang diterbitkan di bawah produksi Maddock Films itu turut menampilkan pelakon lain seperti Paresh Rawal dan Dimple Kapadia.

Untuk rekod, sebelum ini Rajkummar dan Kriti pernah berkolaborasi untuk menjayakan filem "Bareilly Ki Barfi, Raabta" dan "Stree".

Dalam perkembangan lain, Rajkummar akan dilihat menerusi filem komedi gelap "Chhalaang" yang diterbitkan atas kerjasama Ajay Devgn, Luv Ranjan, Ankur Garg dan Bhushan Kumar.

"Chhalaang" dijangka akan menemui penonton pada 12 June 2020. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar ia akan ditangguhkan sehingga keadaan pandemik dilihat terkawal.

Sementara itu, Kriti pula bakal menerajui filem isu sosial "Mimi" dan juga "Bachchan Pandey" yang dijadual tayang pada 22 Januari 2021.

(Sumber: Bollywood Life)
(Sumber foto: Rajkummar Rao & Kriti Sanon Instagram)



Suggested Articles

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.

Anak-Saudara-Nawazuddin-Siddiqui-Fail-Laporan-Gangguan-Seksual-Terhadap-Adiknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Anak Saudara Nawazuddin Siddiqui Fail Laporan Gangguan Seksual Terhadap Adiknya

Kejadian itu mula berlaku sejak wanita itu berusia sembilan tahun.

Ranveer-Singh-Kongsi-Persamaannya-Dengan-Watak-Gully-Boy Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Ranveer Singh Kongsi Persamaannya Dengan Watak "Gully Boy"

Aktor itu menghargai pengarah kerana memilihnya untuk terlibat dengan filem tersebut.

Anushka-Sharma-Akan-Terus-Terbitkan-Karya-karya-Berkualiti Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Anushka Sharma Akan Terus Terbitkan Karya-karya Berkualiti

Ia susulan kejayaan siri web terbitannya "Paatal Lok" yang menerima maklum balas positif.

Kartik-Aaryan-Ingin-Calon-Isteri-Seperti-Deepika-Padukone Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Kartik Aaryan Ingin Calon Isteri Seperti Deepika Padukone

Aktor itu turut meluahkan hasratnya untuk membintangi filem bersama Deepika Padukone.