CLOSE
CLOSE AD

Taapsee Pannu Rindu Nak Beraksi Di Set Penggambaran Filem

  • 28 Apr 2020
Taapsee-Pannu-Rindu-Nak-Beraksi-Di-Set-Penggambaran-Filem

Aktres Taapsee Pannu mengakui berasa rindu untuk beraksi di set penggambaran filem memandangkan kini negara India telah melaksanakan Perintah Berkurung akibat pandemik COVID-19.

Susulan itu, Taapsee dilihat aktif berkongsikan foto-foto dan rakaman video lama yang diambil ketika berada di set penggambaran filem seperti "Gaurang", "Manmarziyaan", "Soorma", "Mulk" dan "Anando Brahma".

Terbaru, Taapsee memuat naik sekeping foto dirinya bersama pengarah filem "Badla", Sujoy Ghosh, yang memaparkan kedua-duanya sedang mengadakan perbincangan.

"Sehari sebelum kami memulakan penggambaran "Badla" di Glasgow, tiada sesiapa yang boleh meneka siapa yang mengarah siapa, siapa yang bercakap dan siapa yang mendengar.

"Tetapi apa yang pasti, kedua-duanya gemar berbual bermula dengan isu rambut lelaki hingga ke isu makanan wanita. Ketika pertama kali bertemu lima tahun lalu, kami tak tahu bahawa inilah filem yang kami akan bekerjasama.

"Namun apabila sudah tahu, kami pasti yang kami akan terus memberi kejutan kepada satu sama lain pada masa akan datang bukan sahaja dalam filem tetapi juga topik-topik perbualan yang tak masuk akal," tulisnya di Instagram.

"Badla" merupakan filem thriller misteri yang menggandingkan Taapsee bersama bintang veteran Amitabh Bachchan. Filem itu berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak 138.49 Crores (kira-kira RM82.946 juta).

Beralih ke perkembangan lain, Taapsee bakal muncul dengan tiga filem baru iaitu "Haseen Dillruba", "Looop Lapeta" dan "Shabaash Mithu", yang mana ketiga-tiga sesi penggambarannya tergendala akibat COVID-19.

(Sumber: Taapsee Pannu Instagram)
(Sumber foto: Taapsee Pannu Instagram)



Suggested Articles

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.

Anak-Saudara-Nawazuddin-Siddiqui-Fail-Laporan-Gangguan-Seksual-Terhadap-Adiknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Anak Saudara Nawazuddin Siddiqui Fail Laporan Gangguan Seksual Terhadap Adiknya

Kejadian itu mula berlaku sejak wanita itu berusia sembilan tahun.

Ranveer-Singh-Kongsi-Persamaannya-Dengan-Watak-Gully-Boy Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Ranveer Singh Kongsi Persamaannya Dengan Watak "Gully Boy"

Aktor itu menghargai pengarah kerana memilihnya untuk terlibat dengan filem tersebut.

Anushka-Sharma-Akan-Terus-Terbitkan-Karya-karya-Berkualiti Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Anushka Sharma Akan Terus Terbitkan Karya-karya Berkualiti

Ia susulan kejayaan siri web terbitannya "Paatal Lok" yang menerima maklum balas positif.

Kartik-Aaryan-Ingin-Calon-Isteri-Seperti-Deepika-Padukone Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Kartik Aaryan Ingin Calon Isteri Seperti Deepika Padukone

Aktor itu turut meluahkan hasratnya untuk membintangi filem bersama Deepika Padukone.